Sabtu, 9 Julai 2011

TAPAK WARISAN DUNIA

Tapak warisan dunia adalah suatu tapak khusus seperti hutan, gunung, tasik, gurun, tugu, bangunan, kompleks atau bandar, yang dicalonkan serta disahkan untuk memasuki senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia antarabangsa yang ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco.
  • Taman Negara Mulu di Sarawak                                          
  • Taman Kinabalu di Sarawak                                              
  • Melaka dan George Town                                                    
  • Taman Negara Yellowstone
  • Terumbu Sawar Terbesar



Zon↓
Kebudayaan↓
Kawasan semulajadi↓
Campuran↓
Jumlah↓
42
32
4
78
61
4
1
66
138
51
9
198
377
58
10
445
86
35
3
124
Jumlah besar
704
180
27
911

ADAM DAN HAWA


Assalamualaikum semua,
                                                                            

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

1.  Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.  Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3.  Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4.  Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrahi oelh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira kiranya. Wanita

1.  wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.  wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.  wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.  wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.  wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.  wanita wajib taat kpd suaminya.
7.  talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8.  wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Jumaat, 8 Julai 2011

2 KEMUNGKINAN


Ada dua kemungkinan.......

Jika anda menemui seseorang yg tdk menghormati anda,sebabnya ada dua kemungkinan:

1. Dia tidak menghormati orang lain atau...
2. Anda memang tidak layak untuk dihormati

Jika anda sebagai orang biasa dapat bergaul rapat dengan seseorang kenamaan,sebabnya ada dua kemungkinan:

1. Anda seorang yang hebat,pandai menawan hati orang kenamaan itu atau...
2. Orang kenamaan itu berjiwa besar,kerana mahu bergaul dengan anda

Jika anda telah beberapa kali menjelaskan sesuatu kepada seseorang,tetapi ia masih tidak faham,sebabnya ada 2 kemungkinan:

1. Orang itu lembab daya pengertiannya atau...
2. Anda lembab dalam memberi satu2 penjelasan

Jika anda mencampakkan sesuatu pada seseorang,tetapi ia tdk berjaya menyambutnya,sbbnya ada 2 kemungkinan:

1. Dia tidak pandai menyambut atau...
2. Anda tdk pandai mencampak

Jika dlm sebuah tempat kerja,pekerja2nya selalu mendapat surat amaran dr pihak majikan,sbbnya ada 2 kemungkinan:

1. Pekerja2 di situ tidak mematuhi peraturan atau...
2. Tmpt kerja itu tdk punya disiplin

Jika daya pemikiran anda yg bernas tdk dikagumi oleh seseorang,sbbnya ada 2 kemungkinan:

1. Daya pemikiran org itu lebih rendah dr daya pemikiran anda atau...
2. Daya pemikirannya lebih tinggi dr daya pemikiran anda

Rabu, 6 Julai 2011

APABILA ENGKAU SANGGUP

Apabila engkau telah sanggup mengekang nafsumu,tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya,apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu,pada masa orang lain telah ragu.


Apabila engkau telah sanggup menghadapi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang,pada hal berbagai tuduhan telah ditimpa kepada dirimu.

Apabila engkau telah sanggup mengatasi hidup,tiada terlonjak gembira bila dia datang,dan tiada terlalu sedih bila ia pergi.Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis.

Apabila engkau telah sanggup menahan pukulan,melihat nasihatmu yang berharap dan keikhlasan hatimu diambil jadi senjata oleh orang-orang yang lemah.

Apabila engkau telah sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tak berhasil menunjukkan yang pertama,lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh.

Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang kau kehendaki tidak diperhatikan orang

Apabila engkau telah sanggup mendorong hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu,dan menghadapi dunia,baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu yang mana jua pun

Apabila benci musuhmu dan sayang temanmu tidak lagi mempengaruhi tegakmu yang adil

Apabila engkau telah sanggup mengambil hikmah daripada pergiliran zaman,dan mengambil manfaat daripada pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai,dan bukannya engkau yang dikuasai

Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu,maka engkaulah seorang pahlawan dan engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta engkaulah sebenar-benar insan,hai anakku.

Selasa, 5 Julai 2011

7jenis cinta




                                                               1.  CINTA PERTAMA                                                                      
Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. Jadi, pandai-pandailah bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum 
tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik..
 
2.  CINTA PEMBIMBING
Hmm..yang ini biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi guru™,seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat 
menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
 
3.  CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap 
yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

 

4.  CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua-dua belah pihak aman bahagia. Tetapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadang-kala boleh membuat salah satu pihak merana.  
Apabila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat.
 
5.  CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang dah terikat atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, terikat itu 
telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
 
6.  CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. So, 
berikanlah cinta yang tulus kepadanya. Think positive!
 
7.  CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak. Mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang. Usaha kena ada juga. Oleh itu, berusahalah kita untuk mendapatkan 
cinta yang kita inginkan!
 
Apa yang pasti, cinta yang Agung itulah yang kekal abadi. Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..
     
     Wallahu A'lam...

Selasa, 10 Mei 2011

KURANGKAN TEKANAN DARAH RENDAH

                                                         


  • Minum banyak air. Kurangkan pengambilan alkohol.
  • Banyakkan memakan makanan bijirin , buah , sayur , serta daging yang kurang lemak.
                                                        
  • Sekiranya anda terasa seperti mahu pitam , tarik nafas untuk beberapa ketika dan lakukan bangkit tubi sebelum berdiri tegak.
  • Makan sikit dan amalkan pengambilan makanan rendah karbohidrat seperti kentang , nasi , pasta dan roti.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...