Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan anda kepadaNya,kerana Dia Maha Tahu yang tersamar dan tersembunyi. Dan jangan sekali-kali anda perdengarkannya kepada orang di sekitar, sebab cinta itu milikNya, sementara orang tidak sama, ada yang tidak suka dan ada pula yang mahu membantu (pujangga)
Khamis, 24 November 2011
Selasa, 22 November 2011
MALAYSIA MENANG BOLA
MALAYSIA menang....
yeayyy....
malaysia lawan indon..
memang terbaikk r team Harimau Malaya..
walaupun aku xtengok p0n perlawanan tadi..
hehehe...
ngah study...
lusa test devlop psycho..='=
syabas buat Malaysia..(/^_^/)
Jumaat, 18 November 2011
malam pertama
Assalamualaikum...
Pengantin Yang Akan DijemputNya...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Wallahu A'lam...
Rabu, 16 November 2011
SUAMI IDAMAN WANITA
Suami Idaman Wanita Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disalut Rasa Taqwa Kepada Allah
Yang Jiwanya Penuh Dengan Penghayatan Terhadap Islam
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu Mereka Adalah Lelaki Yang Menjaga Tutur katanya
Yang Tidak Bermegah Dgn Ilmu Yg Dimilikinya
Yang Tdk Bermegah Dgn Harta Dunia Yg Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebajikan Kerana Sifatnya Yg Penyayang Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Suami Idaman Wanita Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Org Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Isteri Dan Anak-Anak Mendalami Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat.
Suami Idaman Wanita Sentiasa Bersedia Untuk Menjadi Imam
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Dari Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dgn Rahmat Allah Ketasnya
Sumai Idaman Wanita Adalah Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibaja Dan Dijaga
Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Meruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Suami Idaman Wanita adalah Lelaki
Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Disitulah Rumah Idamannya
Dan Dia Ingin Membawa Isteri Dan Anak-Anaknya Bersama
Dialah Suami Idaman Wanita Hari Ini Dan Selamanya.
Selasa, 15 November 2011
HIKMAH DI SEBALIK CIPTAAN
Sifat Lelaki
(L)1. Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
Sifat Perempuan
(P)1. Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih-2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L)2. Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)2. Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L)3. Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)3. Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L)4. Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)4. Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L)5. Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)5. Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L)6. Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)6. Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L)7. Bersikap pemurah atau boros.
(P)7. Bersifat kedekut atau berjimat.
(L)8. Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)8. Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L)9. Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)9. Fokus kepada sesuatu perkara.
(L)10. Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)10. Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L)11. Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)11. Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L)12. Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapicepat memberi pendapat.
(P)12. Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L)13. Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)13. Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L)14. Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)14. Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L)15. Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)15. Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L)16. Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)16. Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L)17. Agak keberatan meminta maaf
(P)17. Lebih mudah meminta maaf
(L)18. Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)18. Risau apabila menghadapi kesukaran
(L)19. Suka MEMBUAT keputusan
(P)19. Suka MENGIKUT keputusan
(L)20. Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)20. Suka bersama keluarga
Isnin, 14 November 2011
JERUK MANGGA
Alkisah tentang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang menyambut Hari Guru telah berebut untuk memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka , Cikgu Lina.
Apabila loceng tamat kelas berbunyi , semua pelajar tahun 6 Gigih beratur untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Tibalah giliran Munah , ketua kelas dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik , lain dari yang lain menghulurkan hadiah kepada Cikgu Lina. Sambil tersenyum simpul , Munah meminta cikgunya meneka , bermula dari kek hinggalah lampu tidur.
Semua itu disambut dengan gelengan kepala Munah. Tidak semena-mena , ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya , Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya dan memasukkan ke dalam mulut. "Hmmm...masam la...cikgu tau dah..kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu kegemaran cikgu nie?Pandainya."
"Emmm...sebenarnya cikgu , saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING ,"terang Munah sambil berlalu dari situ.
Rabu, 2 November 2011
BERNAFAS DENGAN BETUL
SEMUA orang tahu bernafas itu penting untuk terus hidup , tetapi tidak ramai yang tahu kepentingan bernafas dengan betul.
Kebanyakan orang hanya akan mengambil nafas pendek yang mengakibatkan kecergasan kardiovaskular mereka menjadi lemah. Jika anda bernafas , udara akan memenuhi paru2 anda. Oksigen yang terdapat dalam udara akan berpindah dari paru2 ke aliran darah dan kemudian ke organ2 utama tubuh oleh darah.
Jika anda bernafas lebih dalam , ia akan memberi lebih udara kepada paru2 anda. Selain meningkatkan kadar metabolisme anda , ia turut menggiatkan otot serta menenangkan perasaan anda.
Bernafas dalam2 juga dapat melapangkan fikiran selain memperbaiki fokus mental seseorang. Ini menjadi faktor mengapa kita digalakkan untuk bernafas panjang sebelum melakukan kerja berat.
Langgan:
Catatan (Atom)
lima bahasa kasih sayang
1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...
-
rahsia di sebalik tarikh lahir.. xsemua tilikan di bawah tarikh lahir itu benar.. jom tengok video nie.. moga mendapat manfaat..
-
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila...
-
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan ...