Jumaat, 25 Oktober 2013

KISAH KAUM HAWA




Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "



"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

sedarlah kaum wanita


PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

al-aqsa


Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.


Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.





Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Rabu, 23 Oktober 2013

ayat kursi


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dan banyak lagi kelebihan mengamalkannya..

::Ingat Allah::

akan ada orang tak suka kita


Dalam hidup ini akan ada orang yang tidak menyukai kita, namun itu bukanlah urusan kita. Biarkan saja mereka, yang penting kita melakukan perkara yang benar dan tidak menyusahkan mereka.

Rasulullah pun ada manusia yang tak suka. Inikan kita pula, sebagai seorang manusia biasa yang penuh dengan dosa...


Kadang-kadang apa yang dipamerkan bukanlah perkara yang sebenar. Manusia suka melebih-lebihkan sesuatu perkara..


sedih jadi terlalu sedih, gembira tunjukkan terlalu gembira..orang yang bahagia tak tunjuk yang dia bahagia. Orang tak bahagia sibuk nak canang kat orang lain dia bahagia..


::Ingat Allah, Allah akan ingat kita::

Isnin, 21 Oktober 2013

lukisan dinding

Alkisah seorang pengukir dinding…


Rahim seorang pemuda melawat sebuah sekolah agama Islam di mana dia melihat seorang pengukir dinding sedang bekerja.

Pengukir dinding sedang mengukir ayat-ayat Quran yang mempunyai kalimah Allah.

Akan tetapi Rahim mendapati ada dua ukiran yang sama di atas meja yang belum dipasangkan ke dinding.

“Mengapa buat dua yang sama?” tanya Rahim.

“Tidak. Hanya perlukan satu,” kata pengukir dinding. “Yang satu itu rosak bila hampir nak siap tadi.”

Rahim mengambil ukiran itu untuk melihat – tiada kesilapan pada ayat Quran yang diukir pada papan yang dikatakan rosak itu.

“Mana rosaknya?” tanya Rahim.

“Ada kotoran pada kalimah Allah, terkena cat hitam sikit tadi. Cuai,” jawab pengukir dinding.

Rahim nampak satu bintik kecil hitam pada kalimah Allah.

“Nak pasang mana papan ini di dinding?” tanya Rahim.

“Di bahagian paling atas itu,” jawab pengukir dinding sambil menunjuk tempatnya.

“Kalau tinggi begitu, tiada siapa yang nampak bintik hitam tu lah,” kata Rahim.

Pengukir dinding itu menghentikan kerja dan memandang ke arah Rahim.

“Saya tahu. Allah tahu!”

Ahad, 20 Oktober 2013

pahala sabar

PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR...


Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

''Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.''

[Hadis riwayat Dailami, Al Hakim dan Tarmizi]


lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...