Sabtu, 21 November 2015

harta haram

Hasil carian imej untuk treasure

Harta haram tidak sekali-sekali boleh digunakan untuk manfaat diri pemiliknya, samada untuk kegunaan pembayaran cukainya, saman keretanya, makanan keluarganya, tambang basnya dan lain-lain untuk kepentingan dirinya. Apatah lagi digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemungkinan Haji itu dilihat sah berdasarkan rukun dan syaratnya tetapi tidak diterima Allah SWT kerana ia adalah dari hasil yang tidak baik sama sekali.

Sebuah hadith lain pula menyebut, Ertinya : "Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertaubat)" (Riwayat al-Hakim, sohih menurut Al-Hakim dan disepakati oleh az-Zahabi)

Khamis, 19 November 2015

kepentingan

Wahai anakku,
Janganlah engkau terlalu mengharapkan apa yang ada ditangan manusia, nescaya kamu akan kecewa.Tetapi harapkanlah apa yang ada pada Allah, kerana itu lebih baik dan lebih mulia bagimu.

Wahai anakku,
Kenapakah kamu rasa apa yang ada pada manusia lebih kamu yakini untuk kamu memperolehinya ? Sejak bila kamu rasa manusia menjadi punca rezekimu, lalu kamu menyanjungi manusia yang memberikannya kepada kamu, dan kamu melupai Tuhan yang menyalurkan rezekimu melalui tangannya. Apakah wajar penerima surat terlalu bersyukur kepada posmen yang menghantar surat, sedangkan ia tidak pula berterima kasih kepada penulis surat.

Wahai anakku,
Selagi mana kamu mengharap dari manusia, selama itulah kamu berada dalam kemiskinan, namun bilamana kamu mengharapkan dari Allah, maka kamu menjadi manusia yang kaya. Kamu akan yakin bilamana Allah memberikan sesuatu kepadamu, maka tentulah itu yang baik bagimu, dan bilamana Allah menangguhkannya, maka itu adalah juga kebaikan bagimu.



Wahai anakku,
Seorang pesakit mesti memakan ubat mengikut apa yang diarahkan oleh doktor, walaupun sekali dua kali ia makan, mungkin sakitnya hanya hilang seketika sahaja, ia perlu terus sabar memakan ubat tersebut sehinggalah ia sembuh. Jangan kerana ia ingin segera sembuh, lalu ia menelan semua ubat tersebut sekaligus, tentulah mendatang mudarat baginya. Demikianlah Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan keperluannya, andainya Allah menurunkan semua rezekinya, nescaya matilah manusia dengan rezeki tersebut. Sebagaimana matinya pesakit yang menelan kesemua ubat sekaligus.

Wahai anakku,
Bersabarlah di atas kesusahan kamu di dunia ini, janganlah kerana kesusahan dan kemiskinan itu kamu melanggar larangan Allah. Kesusahan kamu di dunia dalam perhatian Tuhanmu. Ia tidak akan biarkan kamu menderita untuk menganayai kamu, kerana Allah tiada kepentingan denganmu,tetapi kamulah yang berhajat kepada Allah.

Wahai anakku,
Andainya kamu dalam kesusahan, perhatikanlah orang yang lebih susah darimu agar dengan itu kamu akan bersabar dan bersyukur. Andainya kamu senang, ingatlah saat kamu dalam kesusahan agar dengannya kamu mampu menolong orang yang susah.

Wahai anakku,
Kamu mendengar rayuan dan ritihan hamba Allah berhadapan dengan kesusahan hidup dunia, lalu ia sabar dengan ujian Allah lebih baik dari kamu mendengar gelak tawa manusia yang kaya yang derhaka kepada Allah.

Wahai anakku,
Engkau sabar sekejap dengan derita dunia, lebih ringan bagimu dari engkau ingin bersabar dengan azab Allah di akhirat. Engkau taat sekejap di didunia ini, nescaya kamu akan mendapat rahmat Allah yang berpanjangan di akhirat.

Senyumlah kepada dunia, kerana ia gagal menipumu.



Hasil carian imej untuk dam

Selasa, 17 November 2015

ceria

Hasil carian imej untuk nature

Bayangkan:

Anda sedang menaiki suatu gerabak yang bergerak laju. Di dalamnya penuh dengan penumpang-penumpang berwajah ceria dan bersih. Semuanya kelihatan teruja, mempesona, seperti sedang menantikan sesuatu yang gembira. Tiada perkataan yang keluar dari bibir mereka melainkan kata-kata yang berguna dan tidak sia-sia. 

Kemudian anda terdengar pengumuman yang dibuat oleh pemandu keretapi;

"Destinasi berikutnya: SYURGA"

Isnin, 16 November 2015

makan

Hasil carian imej untuk eat

Di sebuah restoran mahal..


Seorang gadis bertudung makan seorang diri...


tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

 ^ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

 ^ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

 ^ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Ahad, 15 November 2015

mira'e

Hasil carian imej untuk future

‎~Menuju Masa Hadapan (Mira'e)~

Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,

Itu adalah masa hadapanmu,

Terlalu banyak kelembutan yang ditujukkan oleh ibu,
"hayati kasih sayang dan terus berjalan" kata ibu berulang kali,
Tika itu,aku masih terlalu muda untuk memahami kata-katanya,
Tetapi dia masih tetap kejap memimpin tanganku,
Dan berjalan bersamaku,

Impian-impianku sangat tinggi melangit,
Walaupun aku tidak yakin dapat mencapainya,
Tetapi aku akan berusaha untuk mengejarnya,
Ini adalah kisah hidupku,
Maka aku tidak akan pernah berputus asa,
Saat aku dalam ketakutan,
Ibu memegang tanganku,
Bersama-sama,kami terus berjalan,

Kadang-kala kelembutan ibu itu merimaskan,
Lalu aku melepaskan tangannya dan berlalu pergi,
Tidak mahu lagi mendengar kata-katanya..

“Lihat! Lihatlah pada langkah kakimu,
Inilah jalan yang ditakdirkan untukmu,
Lihatlah… Cuba lihat ke hadapan,
Itu adalah masa hadapanmu”

Lihatlah masa hadapan…
Marilah berjalan ke arahnya selangkah demi selangkah….

Sabtu, 14 November 2015

beri


Kita diberi lahir di dunia tanpa meminta kepada Allah...

Kita mendapatkan semua nikmat anggota tubuh sempurna tanpa meminta kepadaNya...


Kita diberi nikmat lahir dalam keadaan Islam juga tanpa meminta kepadaNya....

Semoga Allah memberikan kita 'nikmat' :memasukkan kita ke syurga ketika kita meminta kepadaNya...


Hasil carian imej untuk give

Jumaat, 13 November 2015

hasan al-basri

Hasil carian imej untuk beach

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezeki ku tidak dimakan orang lain, kerana itu hatiku tenang.

Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal.

Aku tahu Allah selalu melihatku, kerana itu aku malu bila Allah mengetahui aku melakukan maksiat.

Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabb-ku.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...