Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula menitis. Semakin lama, semakin lebat, air mula melimpahi longkang besar di depan rumahnya, lalu terjadilah banjir kilat. Air terus naik hingga akhirnya sampai ke garaj tempat lelaki itu berada.
Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat itu bertanya, "Encik nak bantuan,tak?''
"Tak perlu!Tuhan akan melindungi saya," jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yg sudah paras lututnya.
Hujan terus lebat. 2 jam selepas itu, ketika lelaki berkenaan sedang berdiri di atas beranda, datang lagi sebuah bot penyelamat. "Encik nak bantuan,tak?" tanya anggota pasukan penyelamat itu.
"Tak perlu. Tuhan akan melindungi saya!" jawab lelaki berkenaan sambil tersenyum
Hujan terus turun mencurah-curah. 3 jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helikopter sampai dgn membawa sepasukan anggota peyelamat.
"Mari kami selamatkan encik!Banjir makin teruk,nanti encik lemas!" jerit pasukan penyelamat dari dalam helikopter.
Lelaki itu tetap menolak."Tak apa, Tuhan akan lindungi saya!"
4 jam kemudian, air naik lagi dgn diiringi ribut dan petir. Akhirnya, rumah lelaki itu runtuh dan dia dihanyutkan banjir. Lelaki itu terkapai2, dan ketika nafasnya tercungap2 hampir mati, lelaki itu sempat memarahi Tuhan. Dalam hatinya lelaki itu menyumpah, "Tuhan! Aku sayangkan Engkau, tapi Engkau tak selamatkan aku?!!!!"
Tiba2 lelaki itu terdengar satu suara, "Bukankah tadi Tuhanmu sudah hantarkan 2 buah bot dan sebuah helikopter utk menyelamatkan kau?"
Sekian.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan