Ahad, 2 Januari 2011

LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH2 MANUSIA

                                                 
Pada suatu hari, Luqman Al-Hakim masuk  ke dalam pasar dengan mengenderai seek0r hemar;manakala anaknya memecutkan hemar tersebut dari belakang.


Melihat lagak -laku Luqman itu,maka setengah orang berkata: "Lihat itu,orang tua yang tiada bertimbang rasa sedang anaknya berjalan kaki!"


Oleh Luqman dinaikkannya (gendung) anaknya di belakangnya.Melihat itu maka setengah orang pula berkata:"Dua orang mengenderai seekor hemar adalah menyeksakan hemar itu!"


Mendengar itu,maka Luqman pun turun dari hemarnya dan sekarang hanya tinggal anaknya seorang sahaja maka dikatakan orang:"0rang tua berjalan kaki,sedang anaknya berkendera.Anak kurang adab terhadap bapanya".


                                                


Kerana itu,anaknya diturunkan supaya bersama-sama memecutkan hemar.Melihat perbuatan demikian,orang ramai pun berkata:"Dua orang memecutkan (memacu) hemar,sedang hemar tidak dikenderai?"


Sekarang Luqman mula mengajari anaknya terhadap sikap dan telatah manusia,katanya: "Sesungguhnya tiadalah terlepas seseorang dari percakapan manusia.....!Maka orang yang berakal,tiadalah ia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah Subhanahu wa-Taala sahaja.Barangsiapa mengenal kebenaran maka kebenaran itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap2 suatu."


Selanjutnya,Luqman Al-Hakim memesankan kepada anaknya,katanya: "Wahai anakku!Tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya 3 perkara iaitu:tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya; lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang); dan hilanglah kemuliaannya (keperibadiannya).Dan lebih celaka lagi daripada 3 perkara tersebut ialah orang2 yang suka merendah2 dan meringan2kannya.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...