Sabtu, 21 Jun 2014

lembu


Kisah Lembu Dan Tuannya. 

LEMBU : Aku makan rumput. Tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Makanan kita tidak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas katil. Engkau tidur dalam kandang, mana nak sama.

Tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa tuan?
LELAKI : Seruan azan ajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang ke?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah kita tuan.

~ Jangan jadikan diri kita ini sama dengan seperti LEMBU ~

Khamis, 19 Jun 2014

setitis nikmat

tuhan dosaku menggunung tinggi..
tapi rahmatMu melangit luas..
harga selautan syukurku..
hanyalah setitis nikmatMu di bumi..
tuhan walau taubat seringku mungkir..
namun pengampunanMu tak pernah bertepi..
bila selangkah ku rapat padaMu..
seribu langkah Kau rapat padaku..

Isnin, 16 Jun 2014

manusia yang berbeza



Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza..Dulu kanak-kanak, sekarang remaja, esok-esok orang tua..Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna… 

Khamis, 5 Jun 2014

belajar piano

pada satu saat, anda dah bosan dengan perkara yang rutin. setiap hari, bangun,  pergi kerja, makan dan tidur. jadi, cuba buat sesuatu yang berlainan daripada perkara rutin itu. anda akan rasa beberapa perubahan baru dalam hidup. seperti contoh, rekreasi, melukis, atau bermain alat muzik. 

piano adalah satu alat muzik. dan untuk menguasai dan pandai dalam bermain piano, anda perlu rajin untuk berlatih. 

perkara pertama yang perlu diketahui adalah, piano mempunyai 7 notes. iaitu ABCDEFG. Untuk mengenal notes ini, sila tengok gambar di bawah :


dan setiap notes dibahagi kepada tone dan semi tone. untuk lebih informasi, tengok sini.

perkara asas di dalam pembelajaran mengenai piano adalah scales, chord, arpeggios dalam satu atau dua octave. dalam kiraan tangan untuk 2 octave: tangan kanan adalah 3435 manakala tangan kiri 5343. 

terdapat beberapa jenis scales iaitu C major, G major, A minor atau E minor scale. setiap scale mempunyai kaedah yang berbeza untuk dimainkan. sebagai contoh, G major mempunyai F# (F sharp). scale untuk G major bermula dengan G, A, B, C, D, E, F# dan G. 

setiap scales yang dimulakan dengan satu huruf, contoh A akan juga berakhir di A. Konsep yang sama diguna pakai untuk arpeggios. cuma ada sedikit perbezaan dalam pengunaan jari. manakala, untuk A minor mempunyai G# ( G sharp) dan E major ( D# dan F#). 

untuk chord, terdapat beberapa jenis chord, chord dimainkan dalam satu, empat dan lima (i, iv, v) iaitu: 

C chord 
i(C ,E  ,G ), 
iv(F , A, C) 
v(G , B, D).

chord A minor 
i(A , C , E),
iv(D , F , A) 
v (E, G# , B), 

chord E major 
i(E , G ,B), 
iv(A , C, E) 
v(B, D#, F#).

chord perlu dimainkan di sebelah kiri dengan tangan kiri. kalau main chord dengan tangan kanan di sebelah kiri, apa jadi? tangan anda akan bersilang, otak jadi pusing.. 

anda juga perlu tahu penomboran bagi setiap jari untuk memudahkan pergerakan jari jemari anda diatas keyboard piano. 



sekian. 

   

Isnin, 2 Jun 2014

sementara

Yang indah hanya sementara,
Yang abadi adalah kenangan,
Yang ikhlas hanya dari hati,

Yang tulus hanya dari sanubari,
Tidak mudah mencari yang hilang,
Tidak mudah mengejar impian,
Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga 


Ingatlah pada pepatah,


"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu berkira
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas...
Tak ada yang tak bisa diikhlaskan....
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus..

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...