Selasa, 27 Mac 2012

ISLAM


I- isyak
S- subuh
L- lohor (zohor)
A- asar
M- maghrib

Sama2lah kita menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..^_^

Isnin, 26 Mac 2012

AKIDAH


mantapkan akidah..
teguhkan IMAN!
dalam menghadapi cabaran hidup..
hingga ke akhir hayatmu..

Sabtu, 24 Mac 2012

LEMAN

Seorang doktor yang sedang bercuti di Pulau Redang, terkejut apabila tiba2 dia terserempak dengan kawan lamanya, seorang peguam.

''Woi, Mat, apa engkau buat kat sini?'' tanya si doktor sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
''Engkau ingat tak banglo yang aku beli kat Bangsar, tu?'' jawab si peguam yang bernama Mat.
''Banglo tu terbakar, jadi sekarang aku bercuti di sini lepas dapat duit insurans dekat 4 juta ringgit! Engkau pulak, buat apa kat sini, Leman?''


Jawab Leman, ''Engkau ingat tak rumah yang aku beli kat Segambut, tahun lepas? Rumah tu kena banjirlah. Sampai ke bumbung. Jadi, sekarang aku bercuti kat sini lepas dapat duit insurans dekat 2 juta ringgit.''

Si peguam yang bernama Mat itu terkejut. ''Eh, Leman...macam mana engkau mulakan banjir tu?''
Leman : ...........

Rabu, 21 Mac 2012

9 FAKTA MENARIK TENTANG DARAH


1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira2 secawan darah saja dalam tubuh kita.
2. Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia
3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari,menyerang, dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh,terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75% daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
4. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
5. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Russia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam perperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan


6. 1 pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan 3 nyawa lain
7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain
8. Dianggarkan terdapat 4.7-6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8-5.7 liter.
9. ''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik''- Surah al-Mukminun:14.

Selasa, 20 Mac 2012

JOM STUDY

1. Membaca dengan menujukkan bahan bacaan menggunakan jari telunjuk kanan.

2. Berwudhuk.

3. Simpan maklumat dalam fikiran semasa 20 minit pertama.

4. Pastikan keadaan dan suasana tempat membaca bersih dan tidak berbau.

5. Jauhkan kawasan yang mempunyai gambar-gambar yang mengganggu perhatian.


6. Berada dalam kawasan yang tenang (warna dinding @ bilik yang selesa)

7. Berhenti selepas satu jam membaca, kemudian nikmati keindahan alam hijau.

8. Ulangkaji selepas Subuh dan Asar.

9. Jaga pemakanan seperti minum susu kambing, kismis dan madu ( elakkan daripada memakan binatang- binatang yang memakan benda kotor)

10. Kerap menghadiri majlis ilmu, bangun malam (tahajud), membaca al-Quran dan berzikir.

Ahad, 18 Mac 2012

LOVE FOREVER

CINTA ITU INDAH....
ANDAI BERTEMANKAN IMAN..

CINTA ITU MUSNAH..
ANDAI BERTEMANKAN NAFSU..

CINTA ITU INDAH.....
ANDAI SYARIAT DIPATUHI..



CINTA ITU MUSNAH..
ANDAI BATASAN DILANGGARI..

CINTA ITU INDAH.....
ANDAI IBU BAPA MERESTUI..

CINTA ITU MUSNAH..
ANDAI RESTU DIPINGGIRI..

CINTA ITU INDAH...
ANDAI DIPELIHARA HINGGA KE SYURGA..

CINTA ITU MUSNAH...
ANDAI TERSUNGKUR DI DALAM NERAKA..

Ilham Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood...
@_@....so anda pilih yg mane???huhu

Rabu, 14 Mac 2012

BUKAN SAJA-SAJA

bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam bidang itu...
bukan saja-saja Allah memberi anda ujian sebegitu..
bukan saja-saja Allah mengurniakan anda kepakaran itu..
bukan saja-saja Allah memasukkan kelemahan itu..
bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan begitu..

melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
melainkan Allah mahu menguatkanmu..
melainkan Allah tahu anda akan membiakkan ilmu-ilmu tersebut..
melainkan Allah mahu menemukan kamu dengan insan-insan yang ikhlas membantu..
melainkan Allah mahu kau tahu betapa tingginya kasih sayangNya kepadamu..

Ya Allah, berilah aku petunjuk dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini..
Janganlah Engkau sekali-kali menyerahkan jiwaku kepada diriku sendiri walau dalam sekelip mata,..
kuatkanlah hatiku..
Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dan sabar dengan segala nikmat kurniaanNya..
sesungguhnya hambamu ini adalah seorang yang lemah Ya Allah..
Janganlah Engkau palingkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami..
Ampunkan dosa-dosa kami...

Selasa, 13 Mac 2012

cara berfikir

Salam buat semua...
cara kita berfikir akan menentukan keperibadian kita...
jadi, berhati2lah dalam memikirkan sesuatu perkara..


ada 2 jenis cara berfikir..
iaitu divergant dan convergent..
convergant maksudnya berfikir secara simple dan fokus terhadap sesuatu perkara..
divergant pula berfikir secara menyeluruh dan mendalam...

maklumat nie dapat masa belajar intro 2 psycho dgn prof sham tadi..^^
satu perkara lagi,,
jadilah manusia yang dapat berfikir secara bijak..
jangan biarkan orang lain yang berfikir untuk kita..
kerana kita yang akan menentukan apa yang kita mahu,,
orang lain hanya dapat memberi pandangan mereka sahaja...


kadang2 pandangan kita berbeza dengan orang lain..
yakin dengan diri sendiri..
asalkan jangan melampui batas2 yg telah ditetapkan oleh agama...
" BERFIKIR DENGAN BIJAK DAPAT MEMACU KECEMERLANGAN DIRI.."^_^

Rabu, 7 Mac 2012

CIRI-CIRI PENGUCAP YANG BAIK

  1. Memakai pakaian yang sesuai dengan majlis dan kemas.
  2. Berdiri dengan selesa dan bertenang sambil memerhatikan audiens.
  3. Jangan sekali2 tunjukkan ketidakselesaan anda. Buat muka selamba dah la ye...hehe
  1. Pelbagaikan intonasi suara. Jangan mendatar jea..nanti audiens anda tid0..ZZzzz
  2. Kawal kelajuan suara. Sebabnya, audiens tidak dapat memahami anda jika bercakap terlalu laju.
  3. Gunakan alat bantuan lain seperti gambar, video, warna agar audiens tidak bosan dan asyik menjeling jam sambil berfikir " bilalah orang nie nak abis bercakap!!.#$&*(%$!@"....

  1. Kalau boleh la, jangan tengok nota. Ingat apa yang kita nak cakap..CONFIDENT!!
  2. Berikan contoh2 yang menarik.
  3. Selitkan lawak jenaka. Sebabnya nak bagi audiens ketawa...hahahaha
  4. Libatkan hadirin. Ini penting. Barulah diorang rasa dihargai..^_^





Isnin, 5 Mac 2012

ETIKA DI MEJA MAKAN


Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui asas etika di meja makan.
Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.
Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.


 Makan sup
  • Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
  • Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
  • Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
  • Untuk memakan isi sup pula (sayur atau daging) boleh dimakan melalui hujung sudu
· Harus diingat! sup tidak boleh dihirup hingga kedengaran bunyi.
  • Bila ingin memakan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu mentega sahaja.
  • Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan menegak di dalam mangkuk jika tidak berpiring.

 Majlis makan rasmi
  • Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan
  • Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
  • Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
  • Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
  • Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali
  • Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.
    • Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri, Garpu dengan posisi telungkup.
    • Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap di tangan kiri.
    • Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan.
  • Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah- menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula mengarah ke tengah

 Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul
  • Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat
  • (Makan Tengah Hari atau Makan Malam)
  • Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti)
  • Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad)
  • Garpu makan hidangan utama.
  • Camca sedang ‘dessert’ (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan pisau makanan pencuci mulut ini).
  • Garpu sedang (‘desert’)
  • Gelas
  • Napkin
  • Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
  • Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk nasi).
  • Pisau hidang,garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu.
  • Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring, sedang sendoknya menghadap ke atas.
  • Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di piring seperti di restoran serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau di sebelah paling kiri dari letak garpu.
  • Berbagai gelas minum terletak berderet di sebelah kanan atas.
  • Piring mentega atau roti, dan beberapa tempat penyedap makanan berada di sebelah atas kiri.
  • Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling luar, dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu, dan barulah pisau dan garpu utama.

FUNGSI NAPKIN

Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagi bentuk. Selalunya ia diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walaunpun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk menggunakannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.
Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Ia mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan mahu terbatuk.


Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ia memberi maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas meja makan, memberitahu kepada pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah meninggalkan jamuan makan.



Jumaat, 2 Mac 2012

WANITA SEJATI


Wanita Sejati.....adalah wanita suri teladan,

lembut tanganmu mampu mengurai 1000 masalah,
di bawah ayunan buaian oleh jemari halusmu,
kau kan mampu menggoncang dunia,
darimu jualah kan lahir cahayamata
yang menyinari dunia dengan pancaran keimanan.


kau dilahirkan bersifat penghuni syurga,
lemah lembut, penyantun, penyabar dan pemalu,
pelihara lah dirimu selalu dengan berhijab,
perbetulkanlah dirimu selalu kerana ditakuti,
nafsumu yang 9 dan akalmu yang 1,
tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang serba palsu ini....
dekatkan dirimu selalu kepada ALLAH,
dan sentiasa bertaubat dan malu atas keterlanjuran di masa lalu.

bila kau disunting sebagai isteri yang setia,
utamakan lah menguruskan rumahtangga,
menjaga amanah dan harta suamimu,
mengasuh dan mendidik anak-anak ke jalan yang benar,
muliakan lah ahli keluargamu dan suami,
taatilah perintah ALLAH dan jauhkanlah laranganNYA,
serta manis dalam menjalin Sunnah Rasul tercinta....
Insya-Allah kau adalah wanita sejati.....
Bersyukurlah kerana kau dilahirkan sebagai seorang WANITA SEJATI......



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Isa Al-Masih), Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah), dan Fatimah binti Muhammad (Puteri Kesayangan Rasulullah)”. (Riwayat Bukhari)


Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.


Maryam pula adalah sImbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.

Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.


Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.



Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...