Selasa, 9 Ogos 2011

sombong ( part 2 )

                               
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. 

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya. 

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya. 

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi. 
                       
Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya. 
Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; 
"Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh." 

Urwah bin Azzubair berkata; " Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullah S.A.W. bersabda: 
"Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak." 

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka.

14 ulasan:

Ringgo berkata...

semoga sifat sombong/takabur ini jauh dari kita , sahabat dan keluarga ..

Unknown berkata...

@Ringgoamenn..(=

TcRaiN berkata...

Really...!!!Interesting article!

cik pha berkata...

sombong kelnagit mana pun akhirnya kekubur jua kan.

Unknown berkata...

@TcRaiNTerima Kasih..semoga beroleh manfaat,(=

Unknown berkata...

@cik phasemoga kita dijauhkan drpd sifat ini..amenn (=

Unknown berkata...

artikel yg bermanfaat- thanks ya!

Unknown berkata...

@fifahnazriterima kasih fifahnazri (=

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam kenal;
sifat inilah sering bersama manusia sejak lahir hingga manusia mati..seolah2 ianya melekat didlm badan manusia..

Unknown berkata...

@yusuf Lailisalam persahabatan yusuf Laili...sem0ga kita dijauhkan drpd sifat sombong ini..(=

ceritera aneesa berkata...

merendah diri la kita sentiasa..kerana lebih ramai lagi manusia yang lebih mulia drpd kita..hee ..nice entries~

Unknown berkata...

@ceritera aneesaterima kasih ceritera aneesa..merendah diri merupakan sifat yang terpuji..^_^

Hani Honda berkata...

buat ape hidup bertongkatkn sifat angkuh, sombong n takabur...xdiredhai...mudah2an kte smue xbegitu n terpelihara dr sifat itu..aminnnn..

singgah sini..tq singgah blog sye ye :)

Unknown berkata...

@Hani Niza Ramliterima kasih Hani Niza Ramli..semoga kita dijauhkan drpd sifat ini..(=

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...