Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui asas etika di meja makan.
Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.
Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.
- Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
- Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
- Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
- Untuk memakan isi sup pula (sayur atau daging) boleh dimakan melalui hujung sudu
· Harus diingat! sup tidak boleh dihirup hingga kedengaran bunyi.
- Bila ingin memakan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu mentega sahaja.
- Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan menegak di dalam mangkuk jika tidak berpiring.
Majlis makan rasmi
- Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda mula makan
- Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
- Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
- Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
- Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat sekali
- Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.
- Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri, Garpu dengan posisi telungkup.
- Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih tetap di tangan kiri.
- Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan.
- Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah- menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula mengarah ke tengah
Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul
- Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat
- (Makan Tengah Hari atau Makan Malam)
- Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti)
- Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad)
- Garpu makan hidangan utama.
- Camca sedang ‘dessert’ (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan pisau makanan pencuci mulut ini).
- Garpu sedang (‘desert’)
- Gelas
- Napkin
- Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
- Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk nasi).
- Pisau hidang,garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu.
- Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring, sedang sendoknya menghadap ke atas.
- Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan sudah di piring seperti di restoran serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau di sebelah paling kiri dari letak garpu.
- Berbagai gelas minum terletak berderet di sebelah kanan atas.
- Piring mentega atau roti, dan beberapa tempat penyedap makanan berada di sebelah atas kiri.
- Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang paling luar, dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu, dan barulah pisau dan garpu utama.
FUNGSI NAPKIN
Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagi bentuk. Selalunya ia diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walaunpun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk menggunakannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.
Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Ia mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan mahu terbatuk.
Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ia memberi maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas meja makan, memberitahu kepada pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah meninggalkan jamuan makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan