Khamis, 22 Januari 2015

layanan


tak selalunya orang nak layan kita
walau kita cuba untuk berkawan atau membahagiakan seseorang itu
kita juga perlu tahu batas-batas dan sempadan yang perlu dijaga

angin menghembus tidak datang selalu
ketika waktu sejuk, kita mungkin tidak mengharapkan angin itu datang
ketika cuaca panas, kita amat mendambakan kesejukannya
walau panas atau sejuk, bersyukurlah atas nikmat itu
walau sakit atau sepi, laluilah semua itu

pasti ada hikmah di sebaliknya
yang tidak kita ketahui
milik Allah segala-galanya
sama ada di langit maupun di bumi

Isnin, 19 Januari 2015

bergelora


hidup nie umpama lautan terbentang luas..
penuh ketenangan tapi bergelora..
saat aku di lautan itu..
kita merasa kita keseorangan
kita merasa kita tak berteman
tapi harus kita sedari..
masih ada yang insan yang peduli
masih ramai mereka yang sudi
ada indahnya di penghujung gelora...
ada senyum menanti di pantai

Sabtu, 17 Januari 2015

at taghaabun

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

[At Taghaabun :14]


Jumaat, 16 Januari 2015

penyakit ain

benar-benar berlaku di zaman Rasulullah saw
terjadi disebabkan pandangan mata
boleh berlaku dari ibu kepada anak, isteri kepada suami, orang Islam kepada orang kafir ...

video

Khamis, 15 Januari 2015

tapi

Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut memakannya pula.

Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.

Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan atau melukakan seseorang di hidup ini. 

Rabu, 14 Januari 2015

sahabat singkat

Jangan sekali kita menjadi 'SAHABAT' di waktu meminta pertolongan dan memohon hutang, tetapi menjadi 'KEPARAT' sewaktu pertolongan diminta dan penyelesaian hutang dipinta. Kelak nanti, kesusahan di Barzakh, ditanggung tidak 'LARAT' akibat hutang tersangkut, amal soleh pula terlalu 'SINGKAT'.

Sabtu, 3 Januari 2015

resam padi

Menuntut ilmu ibarat mudik ke muara..
Semakin jauh berjalan semakin luas anak sungai..
Semakin kita belajar 
Semakin banyak kita tidak tahu...

Ikut resam padi..semakin berisi semakin tunduk..

-ust Rusyfi Al Jauhari

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...