Selasa, 31 Januari 2012

ALOYA

Pagi itu Aloya sampai ke pejabat dengan muka manis.
Sampai tengah hari,senyum saja.

" Aku gembira sebab pagi nie aku dapat bersedekah pada orang miskin," kata Aloya apabila ditanya oleh kawan-kawannya kenapa dia senyum tak sudah.
" Banyak ke kau sedekah?'' soal kawan Aloya itu.


" RM50 aje."
'' Wah, banyak tu! Suami kau tak marah ke?''
'' Tak. Dia cakap, terima kasih sayang. I love u!'' balas Aloya.

Isnin, 30 Januari 2012

Allah sembunyikan 4 perkara


"... Tu sebabnya kata Saidina Umar: Sesungguhnya Allah Ta'la, menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara.

[0:10] Yang pertama, Allah sembunyikan keredhaan-Nya pada suatu ibadat.
[4:56] Yang kedua, Allah Ta'ala sembunyikan kemurkaan-Nya pada suatu maksiat.
[6:30] Yang ketiga, Allah sembunyikan mustajabnya doa pada waktu-waktu tertentu.
[9:26] Yang keempat, Allah sembunyikan para wali-Nya di kalangan para hamba-Nya.

video

Sabtu, 28 Januari 2012

ANDA PERLU TAHU




1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.



8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik..^_^

Khamis, 26 Januari 2012

ANDAI LELAKI TAHU

Assalamualaikum =)


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Ahad, 22 Januari 2012

TIP MEREDAKAN KEMARAHAN


Kenangkan keutamaan org yg dapat mengawal perasaan dan ganjaran2 yg Allah janjikan kpd org yg menahan kemarahannya. Antara lain , janji Allah di dlm al-Quran yg bermaksud ; '' bersegeralah menuju pengampunan Tuhanmu serta syurga yg luasnya adalah seluruh langit dan bumi. Itu disediakan utk org2 yg bertaqwa , iaitu org2 yg suka membelanjakan hartanya dlm keadaan cukup @ kurang rezeki serta org2 yg suka menahan kemarahannya dan pula yg gemar memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai org2 yg berbuat kebaikan'' ( Ali Imran:133-134)

Ingati juga balasan yg Allah sediakan di akhirat kpd org yg menghamburkan perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda : '' Janganlah kamu putus memutuskan hubungan , belakang membelakangi , benci membenci dan hasut menghasut. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yg bersaudara satu sama lain dan tidaklah halal bagi org Islam mendiamkan (tdk bertegur sapa) saudaranya lebih dr 3 hari'' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fikirkan akibat drpd sifat pemarah yg boleh memudaratkan diri , apabila pihak lain turut membalas perlakuan kita dgn sifat serupa. Ingatlah sebagai hamba Allah kita tdk dapat lari drpd memiliki banyak kelemahan dan melakukan kesilapan. Begitu juga orang lain.


Bandingkan diri kita yg bersikap pembengis dgn seekor binatang yg buas lagi liar. Kemudian kenangkan pula peribadi para rasul , nabi , alim ulama dan org2 soleh yg mulia. Maka hati kita akan terdorong utk menjauhi tabiat binatang , sebaliknya terdorong utk mengamalkan sikap yg diwarisi org2 yg mendapat kedudukan istemewa dan dikasihi Allah sebagai teladan peribadi.

Tanya diri kita , kenapa kita harus menurutkan perasaan marah? Apa puncanya? Kita akan sedari bahawa ia tdk lain drpd mengikut nafsu dan bisikan syaitan. Dan kita insaf bahawa ianya hanya mengajak kpd kejahatan dan kederhakaan terhadap Allah. Mengikut bisikan kedua2 musuh dlm diri ini bermakna menempuh padah di akhirat kelak. Dengan mengenang semua ini , kita dpt memujuk hati agar bersikap sabar dan pemaaf.

Jumaat, 20 Januari 2012

KEINGINAN WANITA DALAM BERCINTA




  • diendahkan
  • kefahaman
  • penghormatan
  • perhatian dan tumpuan
  • pengesahan
  • keyakinan
  • doa yang lebih khusus untuk keluarga dan rumah tangga
  • sentiasa ingatkan keluarga apabila berjauhan

Rabu, 18 Januari 2012

KEINGINAN LELAKI DALAM BERCINTA

  • kepercayaan
  • penerimaan
  • penghargaan
  • sanjungan
  • persetujuan
  • dorongan
  • doa yang khusus untuk diri , keluarga dan kepentingan ummah sejagat
  • terasa lebih bebas apabila berjauhan dengan keluarga
Allah menjadikan setiap pasangan berlainan watak kerana ingin saling lengkap melengkapi.
oleh itu , berusahalah untuk memahami perbezaan watak di antara lelaki dan wanita.

Isnin, 16 Januari 2012

JANGAN BERSIKAP LEMAH

Salam kepada semua rakan2 blogger...
Hari nie ABC nak kongsikan 1 perkara sahaja...

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)

Jangan mudah berputus asa apabila sesuatu ujian itu melanda diri...
memang terasa perit...
bersabarlah...
Rahmat Allah Maha Luas untuk hamba2Nya...
Wassalam...^_^



Sabtu, 14 Januari 2012

PALING TUA



Di sekolah tadika.

Cikgu: Amri,beritahu cikgu,kamu ada berapa orang adik beradik?
Amri: Tiga, cikgu!
Cikgu: 0oo...kamu yang paling tua (sulung)?
Amri: Taklah!Atuk saya...

Jumaat, 13 Januari 2012

ADA APA PADA NAMA?


nama seseorang adalah sangat penting bagi orang tersebut dan orang2 di sekitarnya..
tanpa nama,siapalah engkau..
dengan adanya nama orang boleh panggil kita dengan hormat..
takdelah nak panggil ikut sedap mulut jea..
contoh2 pangggilan xsedap didengar "h0i" , "hei" , "kau", dan banyak lagilah...
kesian kat orang 2..
mak ayah dia dah bagi nama cantik2..k0rang panggil dia camtu
tak ke terasa hati dia nanti...
budi bahasa budaya kita...



p/s: hormatilah orang lain kalau nak orang lain 2 hormat kat kita...

Khamis, 12 Januari 2012

BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA

Berdua pasti akan ada yang ketiga".
Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'.
Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama
setahun?
Sebulan?
Seminggu?
Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".


Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah". Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan,
'peluang-peluang' untuk orang mengata.
'Peluang-peluang' untuk orang berdusta.
'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women?

Selasa, 10 Januari 2012

SURAT


Seorang jururawat di hospital sakit jiwa melihat seorang pesakit wanita yang baru dimasukkan ke wad tersebut sedang menulis surat.


Jururawat: Hmmm...kamu tulis surat untuk siapa?
Pesakit: Aku tulis surat untuk diri aku sendiri!
Jururawat: Jadi...apa yang kamu tuliskan tu?
Pesakit: Mana aku tahu?Esok pagi,bila posmen hantar,baru la aku boleh baca!Apalah kau ni!
Jururawat: @#@$*^^....(tersenyum kelat)

Sabtu, 7 Januari 2012

RENDAM KAKI

Merendam kaki dalam air sejuk sesuai dilakukan bagi
kamu yang memiliki masalah insomnia@masalah tidur.Masukkan
kaki ke dalam sebekas air sejuk.Cara ini juga berkesan bagi kaki
yang letih,menghentikan pendarahan hidung,selsema dan sembelit.
Cuba rendam kaki secara bergantian antara air suam dan
air sejuk sekiranya kamu mengalami masalah peredaran
darah.Mulakan dengan air suam selama 1-2 minit,
3o minit dalam air sejuk.

Selamat Mencuba...

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...