Ahad, 11 Disember 2011

KEMBARA MENCARI TUHAN

                              
Dadaku terasa sebak.Air mata mengalir tiada mahu berhenti.Ya Allah! Kenapa sukar untukku terima kenyataan bahawa Engkaulah Tuhanku.

Namun,Alhamdulillah! Ada bahagian jiwaku yang dapat aku rasakan yang takkan menyerah.Tetap mahu mentauhidkanMu.

Sungguh,tak pernah ku sangka musibah sebesar ini akan membadai aqidahku.Adakah ujianMu kali ini untukku lebih meyakini dan memahami erti keimanan?Adakah Kau ingin aku mengerti sebenar-benarnya kalimah LAILAHA ILLALLAH yang selama ini ku pegang?

Kerana kekeliruanku dan ketakutan yang amat sangat,aku kesamaran daripada melihat hikmah ujianMu.Aku rasa sangat berdosa kerana itu Ya Allah! Semoga kau ampuni aku.Aku cuma terlalu ingin mengusir kekangan ini pergi.Apa yang pasti aku tidak mahu imanku tergadai.

Ya Allah! Engkaulah saksi tika beberapa minggu ini aku terlalu sukar untuk mengangkat takbiratul ihram.Kenapa?Dalam niat solatku,namaMu ku sebut namun seolah-olah aku tidak tahu siapa Allah.Mungkin mereka tidak memahami namun ku yakin,Kau mengerti.

Lantas ku paksa hati ini tetap meyakini,ALLAH ITU TUHANKU! Tiada Tuhan selainNya.

Seringkali,solatku hanya bermula selepas berbelas kali cubaan.Namun,sengsara masih berterusan.Aku terpaksa mengharungi bisikan-bisikan liar yang mendustakanMu.Tak dapat ku ungkapkan,sebaknya dadaku.

Linangan air mata menjadi-jadi.Lantas ku ambil tafsir Al-Quran mengubat hati.Dengan lafaz basmallah aku membuka lembaran Al-Quran secara rambang.ALLAHUAKBAR! Lembaran Al-Quran yang kubuka dan yang berhampiran dengannya seakan-akan menunjukkan Kau berkomunikasi denganku.
                                                   
Disebabkan penyakitku yang sudah parah,aku terdetik,mungkinkah ini hanya kebetulan kerana biasanya surah yang berada pada bahagian tengah Al-Quran yang terbuka.Lalu,ku hilangkan ragu dengan membuka bahagian hadapan dan belakang Al-Furqon juga secara rambang.

Ternyata ayat-ayat yang membicarakan aqidah yang muncul.Aku perasan bahawa surah-surah yang muncul biasanya sering berulang : -Al-Mukminun -Ibrahim -Ali Imran

Quote

Lebih-lebih lagi,surah Al-Mukminun dan Ibrahim yang setiap kali kubuka(rambang),muncul pada muka surat yang sama.

Hati semakin tenang.Namun belum berakhir peperangan ini.

Terasa diriku ibarat Ibrahim a.s.Kembara Mencari Tuhannya.

Memanfaatkan teknologi yang ada,aku telah membuka YOUTUBE.COM.Kutaip Miracles of Allah pada search engine.ALLAHU AKBAR! Terlalu banyak bukti yang membenarkanMu.Nama Allah pada badan kucing,kambing,ikan,langit,daging,kaktus,belahan tomato...Terlalu banyak!

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka dengan tanda-tanda(kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar.Tidak cukupkah(bagi kamu) bahawa TuhanMu menjadi saksi atas segala sesuatu?" (Surah Fussilat;53) 

Oh ya! Aku juga pernah meluahkan masalahku kepada sahabat-sahabat karibku tercinta,moga Allah merahmati kalian.Alhamdulillah,aku dikurniakan sahabat-sahabat yang solehah yang memberi sokongan padu kepada ana untuk mengharungi cubaan ini.

Namun,pertolongan Allah belum tiba barangkali,mereka tidak dapat membantuku sepenuhnya. Tapi,terima kasih tak terhingga untuk kalian.
                                                    
Oh!Hatiku tak tertahan..Tiba-tiba saja aku terdetik untuk bertanyakan seorang rakan sekelasku berkenaan masalah ini.Tak kusangka kerana dia agak kurang rapat denganku tika itu,namun firasatku kuat untuk bertanya...dan..MasyaAllah! Dia juga pernah mengalami pekara sama sepertiku.Aku terkedu.. Besarnya Ar-Rahim Mu.

Quote

Melaluinya,aku mendapat nasihat seorang ustaz yang pernah menasihatinya dulu; "AQAL TAK BOLEH TERIMA ALLAH TIADA"  
Benar katanya.Tidak logik untuk mengatakan Allah tiada.Terlalu banyak bukti untuk dinafikan kebenarannya.

Quote

Katanya bila diganggu,berdoalah; "AMINTU BILLAHI WA RASUULIH" Aku beriman dengan Allah dan RasulNya.

Katanya lagi,kalau dah tak tahan bacalah basmallah tiga kali dan ludah(bukan betul-betul) ke kiri.

Sama sahaja jawapan ustaz seperti jawapan yang kutemukan dalam Tautan Hati yang telah kubaca beberapa hari sebelumnya.MASHA ALLAH!
                                                        
Kerana aku masih terbelit dalam ketidak tenangan,kepada sahabat tercintaku Aini aku luahkan.Sebuah buku dipinjamkannya untukku; BERIMAN KEPADA ALLAH karangan Haji Abdul Hadi bin Awang.

Quote

Melalui buku itu satu lagi bukti ku peroleh:

Jaafar as-Sadik pernah ditanya tentang Allah,lalu beliau menyoal orang yang bertanya itu."Pernahkah kamu belayar di laut?". Jawabnya,"Ya" Jaafar bertanya lagi,"Adakah kamu pernah dipukul ribut yang bergelora?," Jawabnya,"Ya" Jaafar bertanya lagi,"Adakah kamu berharap pada kelasi dan alat-alat penyelamat?" Seterusnya Jaafar bertanya lagi,"Adakah terlintas di fikiran dan perasaan,ada sesiapa yang dapat menyelamatkan kamu?" Jawabnya,"Ya" Jaafar menegaskan,"Itulah ALLAH"[i]

"..Tiba-tiba datang angin ribut dan gelombang ombak yang kuat dari segenap penjuru.Mereka terkepung dan berada dalam keadaan bahaya.Lalu mereka berdoa kepada Allah,dengan mengikhlaskan diri serta mentaatiNya semata-mata.." (surah Yunus;22)

AYAT INI MEMBUAT AKU TERASA TETAPI AKU MEMBENARKANNYA.

"Orang yang bodoh itu berkata,"Mengapa Allah tidak mahu bercakap secara langsung dengan kami?Atau datang (tanda-tanda kekuasaanNya) kepada kita?Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu.Hati mereka serupa.Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin" (surah al-Baqarah;118)

AYAT INI MENYENTUH HATIKU

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammmad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdosa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran." (surah al-Baqarah;186)

Kembara ini belum berakhir sehingga ku menyahut panggilan Ilahi. Namun kembara ini sudah kembali ke landasannya. InsyaAllah kan lebih mudah di atasnya~~

*****

Itulah ujian yang menguji keimanan penulis diari tersebut yang tidak mustahil kan turut menimpa kita walau caranya berbeza.

Berjalanlah,KEMBARAlah MENCARI TUHANMU.. 

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...