Jika anak kita hidup dalam kesabaran,
Dia belajar menjadi penyabar..
Jika anak kita hidup dalam penerimaan,
Dia belajar menyayangi..
Jika anak kita hidup dalam pujian,
Dia akan belajar menghargai..
Jika anak kita hidup dalam galakan,
Dia belajar menjadi yakin..
Jika anak kita hidup dalam kritikan,
Dia belajar menyalahkan orang lain..
Jika anak kita hidup dalam kekasaran,
Dia akan belajar melawan..
Jika anak kita hidup dalam ketakutan,
Dia belajar menjadi pengecut..
Jika anak kita hidup dalam iri hati,
Dia belajar merasa bersalah..
Jika anak kita hidup dalam persetujuan,
Dia belajar menyayangi dirinya..
Jika anak kita hidup dalam pengiktirafan,
Dia belajar bahawa ada baiknya mempunyai matlamat..
Jika anak kita hidup dalam kejujuran,
Dia belajar tentang kebenaran..
Jika anak kita hidup dalam keadilan,
Dia belajar menjadi adil..
Jika anak kita hidup dalam keselamatan,
Dia yakin pada diri dan orang lain..
Jika anak kita hidup dalam kemesraan,
Dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang membahagiakan.
Tanyalah pada diri..
Tidakkah kita menyediakan persekitaran yang memberansangkan untuk anak-anak kita hidup cemerlang. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan