Selasa, 8 Mei 2012

SEBAIK-BAIK PERKARA ADALAH YANG PERTENGAHANNYA

Musthafa Mahmud pernah berkata: " Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yg sederhana. Penampilanku sederhana, kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana. Tetapi, hal ini bermakna banyak bagiku, di mana aku terus terdorong dan dorongan itu adalah kehidupan. Dorongan sejati dlm diri kita adalah kebebasan hidup yg hakiki. Itulah modal utama yg menciptakan dan meluruskan kebahagiaan kita.


Sesungguhnya aku berdoa kpd Allah bagi para pembaca beberapa baris kalimah ini, semoga Allah menganugerahi kehidupan yg sederhana dan memberikan sedikit dr segala sesuatu. Inilah doa yg baik dan mulia, demi Allah Yang Maha Besar.

Ibuku orang yg tidak mengerti apa itu falsafah. Akan tetapi dia memiliki naluri yg jernih yg membuatnya mampu memahami ungkapan di atas tanpa membacanya. Ibuku menamakan ungkapan di atas dgn kalimah as-sitru, iaitu ertinya sesuatu yg sedikit dr segala sesuatu namun berlimpah dr sisi roh.

Percayalah kpd Allah jika engkau benar
Berbahagialah menghadapi hari esok jika
Engkau bertaubat
Sumber: Buku Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yg Paling Bahagia


1 ulasan:

Cart Kartika berkata...

perkongsian yg sgt bgus.. ^^
ika singgah n folo sni..

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...