Khamis, 22 Januari 2015

layanan


tak selalunya orang nak layan kita
walau kita cuba untuk berkawan atau membahagiakan seseorang itu
kita juga perlu tahu batas-batas dan sempadan yang perlu dijaga

angin menghembus tidak datang selalu
ketika waktu sejuk, kita mungkin tidak mengharapkan angin itu datang
ketika cuaca panas, kita amat mendambakan kesejukannya
walau panas atau sejuk, bersyukurlah atas nikmat itu
walau sakit atau sepi, laluilah semua itu

pasti ada hikmah di sebaliknya
yang tidak kita ketahui
milik Allah segala-galanya
sama ada di langit maupun di bumi

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...