Isnin, 1 Ogos 2011

7 amalan sunnah



Bismillahirahmanirahim,

Jom kita lakarkan dan praktiskan dalam diri kita dengan menghidupkan sunnah Rasulullah dengan kasihnya kita kepada kekasih Allah ini. Di garis mulanya Ramadhan ini yang penuh rahmat lagi barakah agar ia berterusan sehingga akhir hayat nanti dengan 7 amalan sunnahnya ini yang ku petik dari suara hati ibu.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian :')

Fieza Sani berkata...

thanx 4 shared :)

Unknown berkata...

terima kasih atas ilmu yang tidak ternilai...setitis dakwat mampu mengubah dunia

Abe Goreng berkata...

nice info.:D

Unknown berkata...

@Queen Fsama2 kasih,semoga beroleh manfaat...(=

Unknown berkata...

@cik fiezawelcam Cik Fieza..(=

Unknown berkata...

@Nadzmywelcam Nadzmy,semoga beroleh manfaat..(=

Unknown berkata...

@Abe Gorengterima kasih Abe Goreng,semoga beroleh manfaat..(=

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...