Wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak kepada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk rayu,
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan,
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhlaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,
wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,
wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu,
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,
wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama
salam perjuangan untuk sahabatku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan