Khamis, 23 Februari 2012

CARA MENGAMALKAN ETIKET DALAM PELBAGAI SITUASI DAN TEMPAT



Etiket dalam pelbagai situasi melibatkan etiket yang tidak berkaitan dengan etiket di meja makan, etiket berpakian dan etiket perkenalan dan pergaulan. Etiket dalam pelbagai situasi sebenarnya adalah satu elemen penting dalam kehidupan seseorang walaupun hal ini sering dianggap perkara yang remeh. Contohnya, kesopanan ketika masuk kereta dan keluar dari kereta, kesopanancara berdiri, berjalan dan duduk dalam pelbagai keadaan dan situasi, kesopanan naik tangga dan turun tangga dan sebagainya.
Pengamalan etiket sangat penting dalam apa jua situasi kerana ia boleh mempertingkatkan imej seseorang. Apa jua perilaku yang kita lakukan yang mengikut norma yang diterima masyarakat menjadikan kita individu yang dihormati dan disenangi oleh orang ramai.

KESOPANAN CARA BERDIRI, BERJALAN DAN DUDUK
Setiap apa yang kita lakukanharuslah menyenangkan pelbagai pihak dan diterima ramai, begitu juga ketika berdiri, berjalan dan duduk. Cara berdiri, berjalan dan duduk perlulah menunjukkan kita yakin dengan diri, kemas dan sopan dengan postur yang betul. Kesopanan ini tidak mengira apa jua tempat dan situasi dan amat perlu terutamanya ketika sesi temuduga. Cara kita berdiri, berjalan dan duduk perlulah meyakinkan orang lain yang kita ialah individu positif dan layak mendapat kerja tersebut.
Ketika berada di tempat awam pula, kita perlulah menitikberatkan poster yang betul supaya orang lain menghormati kita.Janganlah duduk berpeleseran di kaki lima dengan cara yang tidak sopan kerana ia mengganggu orang ramai untuk berjalan dan menyemakkan mata yang melihat. Elakkan bersandar kerana ia menunjukkkan kita seorang yang malas. Ketika duduk, pastikan kaki mencecah lantai dan jangan menjungkit-jungkitkan kerusi kerana tidak selamat dan dilihat tidak sopan. Jangan menghentakkan kaki dengan kuat atau mengheret kaki ketika berjalan kerana boleh mengganggu orang ramai dan menunjukkan sikap negatif diri.
KESOPANAN NAIK TANGGA DAN TURUN TANGGA
Kesopanan naik tangga dan turun tangga juga perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Naik tangga dan turun tangga dengan langkah yang kemas dan tidak terlalu membunyikan hentakan kaki. Dahulukan wanita ketika menaiki tangga dan dahulukan lelaki ketika turun tangga. Semua ini adalah untuk keselamatan wanita. Selain itu, jika menyedari ada individu yangbergegas ketika menaiki tangga, beri laluan kepadanya kerana mungkin dia sedang bergegas untuk janjitemu.

KESOPANAN KELUAR MASUK LIF
Kesopanan juga dititikberatkan ketika masuk dan keluar lif. Dahulukan golongan orang tua, kanak-kanak dan wanita ketika masuk dam keluar. Semasa ingin masuk ke dalam lif, kita perlulah menunggu orang yang berada di dalam lif untuk keluar dahulu. Kita juga perlu memberikan laluan jik terdapat individu yang membawa barang berat atau besar. Janganlah berbual terlalu kuat di dalam lif kerana menggnaggu ketenteraman orang lain.


ETIKET DI MENJAWAB DAN MENYOAL SOALAN
Situasi ini melibatkan soal jawab tentang lokasi atau masa di sesuatu tempat awam contohnya di pasaraya. Mungkin ada orang yang tidak biasa dengan kompleks membeli-belah tersebutakan bertanya bagaimana untuk pergi ke sesuatu tempat. Kita perlukah menjawab dengan wajah yang manis dan jawab tidak pasti jika memang kita tidak tahu. Jangan menjawab sesuka hati kerana akan menyusahkan orang lain. Jika kita orang yang bertanya, kita perlulah menyoal dengan sopan-santun dan jangan lupa berterima kasih.

KESOPANAN MENAIKI KERETA DAN TURUN KERETA
Adab turun naik keretaa juga penting kerana menunjukkan kita elegan di mana saja terutamanya bagi wanita. Buka pintu kereta dengan sopan, berdiri di sebelah tempat duduk, dan duduk di tepi tempat duduk dengan lutut selari dengan buku lali. Kumudian, angkat kaki ke bahagian hadapan tempat duduk. Asas yang sama dipraktikkan ketika turun dari kereta.


ETIKET DI TEMPAT AWAM
Selalunya, terdapat banyak peraturan-peraturan khas di tempat awam seperti di lapangan terbang, di hospital, di pejabat rasmi kerajaan dan di pasaraya. Kita perlulah mengamalkan etiket dengan mematuhi setiap peraturan yang ada. Contohnya, lapangan terbang dan hospital adalah kawasan larangan merokok. Jika kita merokok juga tanpa menghiraukan peraturan yang ada, kita dipanjdang serong dan dianggap tidak beretiket. Hal ini kerana ianya dilihat tidak menghormati orang ramai.

ETIKET KETIKA BERSIN ATAU BATUK
Kita perlulah menutup mulut ketika bersin atau batuk untuk mencegah daripada menyebarkannya kepada orang lain. Bersin menyebarkan bakteria dengan kelajuan 100-600 miles per hour. Amalkan menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu kerana jika menutup mulut dengan tangan sahaja, ditakuti bakteria penyakit akan merebak semasa kita memegang sesuatu di persekitaran.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...