Sabtu, 24 Mac 2012

LEMAN

Seorang doktor yang sedang bercuti di Pulau Redang, terkejut apabila tiba2 dia terserempak dengan kawan lamanya, seorang peguam.

''Woi, Mat, apa engkau buat kat sini?'' tanya si doktor sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
''Engkau ingat tak banglo yang aku beli kat Bangsar, tu?'' jawab si peguam yang bernama Mat.
''Banglo tu terbakar, jadi sekarang aku bercuti di sini lepas dapat duit insurans dekat 4 juta ringgit! Engkau pulak, buat apa kat sini, Leman?''


Jawab Leman, ''Engkau ingat tak rumah yang aku beli kat Segambut, tahun lepas? Rumah tu kena banjirlah. Sampai ke bumbung. Jadi, sekarang aku bercuti kat sini lepas dapat duit insurans dekat 2 juta ringgit.''

Si peguam yang bernama Mat itu terkejut. ''Eh, Leman...macam mana engkau mulakan banjir tu?''
Leman : ...........
Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...