Jumaat, 31 Ogos 2012

ANDA MEMPUNYAI SEGUDANG NIKMAT

{ SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN }


Kelembutan Allah betapapun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam

Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak2mu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud2 dan dalam malam2 ibadah mereka.

 Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih saying dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
Kepada umat manusia
“ Tangan Putih” (Nabi Muhammad s.a.w.)
Yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da’iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia.

 Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis2 dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.
Bekalan
Esok Akan Merekah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi penghibur Hati......

Sumber: Buku Jadilah Wanita yang Paling Bahagia oleh Dr Aidh Abdullah Al-
Qarni

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...