Ahad, 5 Ogos 2012

TITIAN SIRAT




"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya 

merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia

 menyeberanginya menuju ke Syurga.


Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka

 Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah

 ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)


Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya


 seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda

 dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar,

 yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim



Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka


 dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan!

 Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang

 lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat

 Muslim


Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian


 Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama

 menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka

 ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari



Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun


 menaik,5000 tahun mndatar dan 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melintasinya

 seperti kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dan brjalan kaki. ada yang tidak

 dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka

 JATUH ke dalamnya!


Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka


 jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”


Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan


 dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian

 itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.


Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.


semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.


Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim



Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a.,

 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi


 orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH,

 selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan.

 Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai

 Rasulullah.”


Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya


 ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu

 sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”


Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong,


 tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh

 api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti

-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk

 keselamatan manusia,


“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”



Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya.


 Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin,


 kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”


(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat


 titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di

 akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh

 sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat

 Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga

 idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup

 yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi

 sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh

 melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.


Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan


 seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :


~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian


 sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.


Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang

 bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan


 mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan 

sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan 

namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia 

melepaskan tuduhan tersebut.”


*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan 


menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi 

orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang 

kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita 

memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


SUMBER: Sha Ridhuan


P/S: Sesungguhnya malaikat tidak pula rehat dan sentiasa menulis pahala setiap 


perbuatan mulia kita

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...