Sabtu, 29 September 2012

DUGAAN



Semakin Allah menyayangi kita,
Semakin banyak,semakin berat dugaan Allah kepada kita,
Jadi janganlah selalu berputus asa jika diuji berat olehNya,
Sabarlah dan tabahlah hati itu,
Kerana pahala ganjarannya menanti di akhirat kelak,
InsyaAllah... ♥

Sekian.

Khamis, 27 September 2012

DOA SEORANG IBU


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seroang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya.Imunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang.Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi.Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya


Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dai luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bawawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”

Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Bergitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.


Sekian

Rabu, 26 September 2012

Surah


 ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Sekian

Sabtu, 22 September 2012

Mutiara Kata Ali bin Abi Talib



1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.

2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dan jangan sampai mendustakan Allah dan rasulNya.

3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang.

4. Rahsia seseorang tersimpan dibawah lidahnya.

5. Ada ketikannya dengan hanya satu ucapan dapat menutup kenikmatan.

6. Jangan kamu jadikan dirimu sebagai hamba kepada orang lain sebab Allah menjadikan kamu sebagai seorang hamba yang merdeka.

sumber: klik sini

Selasa, 18 September 2012

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
sumber: sini

Jumaat, 14 September 2012

Komunikasi




Komunikasi saya adalah kehidupan saya, komunikasi dengan diri, keluarga, rakan2 dan keluarga menentukan siapa diri kita..komunikasi sangat penting dlm kehidupan. Melalui komunikasi, kita dapat meluahkan perasaan, memujuk, memberitahu sesuatu dan sebagainya yg amat penting dlm kehidupan kita sbg seorang manusia di bumi pinjaman ini..

Cara kita berkomunikasi hendaklah dgn cara yg baik, santun dan dpt menggembirakan@menceriakan org yg kita jadikan sebagai rakan berbual itu..selalu puji org lain sebelum menasihati@meminta sesuatu drp mereka..sama juga ketika kita beribadat kpd Allah. Kita memujikan Dia melalui ucapan2 yg kita lakukan di dlm solat..sebagai contoh,kita mengambil terjemahan surah Al-Fatihah:

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam
yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
yg menguasai hari pembalasan
hanya kpdMu kami sembah dan hanya kpdMu kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yg lurus
Iaitu jalan org2 yg Engkau beri nikmat
dan bukan jalan org2 yg Engkau murkai dan org2 yg sesat

Kita memujiNya..

begitu juga dgn diri kita, kita perlu berkata yg baik2 kpd diri sendiri, sebagai contoh "Aku boleh lakukan perkara itu", "Aku pasti berjaya", "Aku seorang yg baik,sabar dan beriman"..

Jangan merendah2kan keupayaan diri sebelum mencuba, sebagai contoh "Aku memang xpandai" "Aku dah memang macam nie,usaha macam mana pon xkan dapat gred yg lebih baik" "Aku memang pemalas"..dan macam2 lagi

Jadi seorang yg berfikiran positif..dr muhaya cakap, pemikiran dalaman mempengaruhi keadaan luaran..biar apapun keadaan yg berlaku di persekitaran kita..jika kita fikir sesuatu yg baik dan positif, ianya akan mempengaruhi keadaan luaran yg negatif tersebut..

Sekian.


Selasa, 11 September 2012

Keampunan


Kurasakan dosaku amat besar
Tetapi manakala kubandingkan dengan ampunanMu
Ya Tuhanku, ternyata ampunanMu jauh lebih besar

Para wanita muslimah generasi pertama memahami bahawa solat adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya, dan hanya orang-orang yang khusyu’lah yang mendapat kemenangan dan keberuntungan di dalamnya,

ôs% yxn=øùr& tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÈ tûïÏ%©!$# öNèd Îû öNÍkÍEŸx|¹ tbqãèϱ»yz ÇËÈ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.(Surah Al-Mu’minun: Ayat 1-2)

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...