Selasa, 23 Oktober 2012

TERSURAT DAN TERSIRAT


Khalifah Harun Ar-Rasyid merupakan khalifah Bani Abbasiyah yg amat cintakan ilmu. Bersama permaisurinya, Zubaidah, baginda memperoleh 2 orang putera iaitu Al-Makmun dan Al-Amin. Kedua2 orang puteranya itulah yg bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapa yg paling layak?

Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, Khalifah Harun memberikan didikan yg sempurna kpd putera2nya itu. Para cendekiawan dr seluruh pelosok dunia juga dipanggil utk memberi ilmu kpd Al-Makmun dan Al-Amin.

Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera2nya itu dan meminta mereka memberikan pandangan siapa yg sepatutnya menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tersebut sepakat mengatakan, Al-Makmun. Para pembantu kedua2 org puteranya juga bersetuju, memang Al-Makmun yg paling layak.

Tetapi, benarkah demikian? Permaisuri Zubaidah meminta Khalifah Harun menyelidik lebih mendalam. Baginda bersetuju, lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.

Kata Khalifah Harun, "Wahai wanita budiman, cuba kau berpura2 kpd puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberikan kpdnya. Lihat bagaimana reaksinya nanti." Arahan yg sama diberikan kpd pengasuh Al-Makmun.

Apabila ketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, Khalifah Harun terus bertanya tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut...

"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yg sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak." Harun terkejut mendengar jawapan puteranya itu. Dia mengalih pandangan kpd pengasuh Al-Makmun pula.

"Bagaimanakah sikap puteraku itu?" tanya Khalifah Harun.

Jawab pengasuh Al-Makmun,"Wahai Amirul Mukminin, puteramu amat berdukacita apabila mendengar berita itu. Al-Makmun berkata, dgn penggantian jawatan, ini bererti kematian ayahandanya."

Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Makmun layak menggantikannya.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...