Suatu ketika dahulu, seorang pedagang keluar berniaga dgn membawa 2 ekor keldai. Keldai hitam dan keldai putih. Keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya. Utk itu, ia senantiasa cuba menarik perhatian tuannya dgn mengangkat beban yg lebih banyak serta berjalan lebih pantas berbanding keldai putih.
Sebaliknya, keldai putih berjalan pd kelajuan yg biasa dan mengangkat barang dagangan setakat yg termampu shj. Pedagang mula marah kerana keldai putih tdk setangkas keldai hitam, lalu dia pun memukulnya.
Malam itu sewaktu mereka berehat, keldai putih datang mendekati keldai hitam. "Kawanku," kata keldai putih, "hanya kita berdua saja di sini, jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri? Bukankah elok kalau kita bawa barang yg sama berat, berjalan bersama2...." ucap keldai putih sambil menggosok badannya yg teruk dibantai pedagang.
Tetapi keldai hitam tdk mengendahkannya, malah esoknya dia berjalan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang. Dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tdk berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya.
Tetapi hari2 berikutnya, keldai hitam berasa tenaganya mula susut. Seluruh badannya sakit2 dan dia tdk mampu utk berjalan selaju dulu. Suatu petang, ketika matahari sedang terik, keldai hitam terjerumus ke tanah. Dia tdk mampu lagi utk bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya.
Pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit bukau itu masih ada beberapa hari lagi, sedangkan keldai hitam sudah tdk mampu lagi utk bangun. Lantas pedagang itu pun mengeluarkan pisau.
Sebelum keldai hitam disembelih, kawannya si putih datang dan berbisik. "Kawan, aku sudah katakan dulu, jangan suka menunjuk2 utk mendapatkan pujian, jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat ditekan @ DITINDAS. Aku sudah pesan padamu banyak kali, tapi kau tdk mahu dengar. Hari ini aku tdk dpt menyelamatkan kau lagi..."
Keldai hitam menangis dan beberapa minit kemudian, dia pun disembelih....
Sekian.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan