Selasa, 26 Mac 2013

BIJAK TANPA KEBERANIAN

Al kisah tersebutlah sebuah gudang padi yg telah memakmurkan beratus-ratus tikus yg tinggal di situ. Setiap hari tdk kurang dari 3 guni padi yg musnah habis dilantak oleh suku sakat tikus itu yg setiap hari pula bertambah jumlahnya. Menyedari akan keadaan tersebut, setelah dicari berbagai akal, maka tuan punya gudang padi menempatkan seekor kucing untuk mengatasi masalah itu.



Hasil dari kerja yg ditugaskan kepada kucing itu, setiap malam tdk kurang 7 @ 8 ekor tikus yg mati. Maka pada satu hari tikus pun mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengatasi keadaan darurat itu.

''Keadaan ini tidak boleh dibiarkan terus'', kata pengerusi mesyuarat sambil menghentak-hentakkan ekornya di atas guni, dan menyambung lagi: ''Bayangkan..., sudahlah rezeki kita disekat, bangsa kita pula dibunuh setiap hari sampai 7 8 ekor oleh kucing keparat itu!''. "Oleh sebab itu kita mesti mencari akal untuk mengatasi masalah ini. Masalah hidup,'' tegasnya dengan suara yg meninggi dan bersemangat.

Beratus-ratus tikus yg menghadiri mesyuarat itu terdiam. Keadaan sunyi sebentar. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain sambil menggerak-gerakkan misainya yg panjang itu untuk memikirkan cara yg berkesan.

Tiba-tiba suasana sunyi dipecahkan oleh suara seekor tikus dari sudut gudang itu : ''Setahu saya di antara ini ada seekor tikus yg memang terkenal bijaknya. Selama inipun beliaulah tempat kami mengadu hal @ untuk menyelesaikan masalah.''

Semua mata tikus-tikus di dalam gudang itu tertuju kepada seekor tikus muda yg kelihatan tersenyum dengan rasa bangga yg bergelojak. Setelah diminta oleh pengerusi majlis untuk memberi buah fikirannya, maka si tikus muda itupun berdiri. Sambil menjungkitkan-jungkitkan ekor dan mengurut-ngurut misainya iapun memulakan kata-katanya.

''Sepanjang pengalaman saya sebagai seekor tikus yg telah jauh menjelajah dari gudang ke gudang beras, sepanjang pengetahuan saya yg saya tuntut melalui penglihatan dan pendengaran saya yg tajam, masalah ini sebenarnya mudah diatasi,'' jelasnya dengan rasa angkuh kerana menyedari ia diakui sebagai tikus yg terbijak.

Tikus-tikus lain hanya mengibas-ngibaskan ekor masing-masing ingin tahu apa buah fikiran yg akan dilahirkan oleh tikus muda itu. ''Mudah saja,'' sambung tikus muda itu dengan suaranya yg lantang. ''Kita gantung loceng ke leher kucing keparat itu. Jadi, apabila dia datang, kita semua akan tahu dan sempat melarikan diri...''. Seluruh ruangan gudang itu bergemuruh oleh rasa kagum tikus-tikus yg puas hati dan menerima buah fikiran tikus muda itu.

Tiba-tiba dari celah guni, terdengar suara seekor tikus tua : ''Siapa di antara tuan-tuan yg hendak memasang loceng ke leher kucing itu?''. Suasana sunyi kembali dan masing-masing tikus saling berpandangan antara satu sama lain.

sekian.

Jumaat, 22 Mac 2013

MATA HATI


Dari 'Aisyah r.a bahawa dia berkata, "Aqal itu ada 10 bahagian. Lima bahagian nampak sacara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (batiniah)."


5 yang nampak adalah seperti berikut:

1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhu' (merendah diri)
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar
5. Berbuat amal kebajikan

5 yang tidak nampak adalah:

1. Berfikir
2. Memberikan contoh atau pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya

Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan, ianya hanya ilmu yang sia-sia. ALLAHu'alam.

:: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

SUMBER: SINI

Isnin, 18 Mac 2013

KEMEGAHAN


Untuk melihat adalah satu perkara..
Untuk memerhati dari apa yg dilihat menjadi perkara lain..
Untuk memahami dari apa yg diperhatikan adalah sesuatu perkara yg lain..


Untuk mempelajari dari apa yg difahami merupakan seperkara yg lain pula..
Tapi apa yg dimegahkan ialah tindak balas dari apa yg dipelajari..

Isnin, 11 Mac 2013

KAPAL TERBANG

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah cerita yang menarik telah terjadi.


Seorang pemandu kapalterbang pengangkut berkata yang dia telah memandu kapalterbangnya di ruang angkasa dalam keadaan angin yang kencang, dan ini telah membuat kapalterbangnya tidak bergerak seinci pun.

"Ianya aneh!'' katanya, ''Saya memandu 150 bjs tetapi ianya tidak bergerak seinci pun''

Kadangkala kita berkelakuan seperti ini. Walau macammana kuat kita berusaha, kita masih tidak kemana-mana. Apabila ianya terjadi maka tibalah masa untuk kita beringat, sesiapa yang tidak cuba untuk ke hadapan, sudah pasti akan ke belakang.

Jikalau pemandu tadi telah memadam enjinnya, sudah pasti ia tidak dapat menceritakan ini semua. Dia melakukan semua yang patut dilakukan untuk mara ke hadapan yang menyebabkan kapalterbangnya duduk diam.

''Mundur adalah dihasilkan dengan tidak berusaha untuk maju''

~w0rk hard and smart ^^ ~

Rabu, 6 Mac 2013

uji minda


  1. Tiga orang pengembara di padang pasir bercadang untuk berpisah dan
    mengembara sendiri-sendiri. Berada bersama mereka ialah 21 botol air,
    yang mana 7 daripadanya penuh, 7 daripadanya separuh penuh dan 7 yang
    lain kosong. Mereka bercadang untuk membahagikan air dan 21 botol air
    tersebut dengan adil sesama mereka. Bagaimanakah mereka boleh berbuat
    demikian?
  2. Satu peti besar mengandungi 2 peti kecil. Setiap 2 peti kecil ini
    mengandungi 3 peti lebih kecil lagi di dalamnya. Dalam setiap 3 peti
    yang lebih kecil ini ada lagi 4 peti yang paling kecil di dalamnya.
    Hanya satu sahaja daripada peti yang paling kecil ini mengandungi emas.
    Berapa banyak petikah yang harus anda buka untuk anda betul-betul pasti
    bahawa peti tersebut mengandungi emas yang dicari?
  3. Seorang pelanggan restoran mewah telah menunggu selama 43 minit
    untuk diambil pesanan. Akhirnya, dia bangun dan ingin keluar dari
    restoran. Penjaga pintu restoran bertanya sudahkah si pelanggan ini
    membayar bilnya? Dia menjawab “tidak”, dan kemudian dia terus menulis
    satu memo untuk diserahkan kepada pengurus restoran. Memo ini bertulis:
    10004180204″. Apakah maksud memo ini?
  4. Sebuah penutup botol berharga 1/10 daripada harga botolnya. Harga
    jumlah penutup botol bersama botolnya sekali ialah RM2.20. Berapakah
    harga botol tersebut?

Sabtu, 2 Mac 2013

dapat nikmat tak bersyukur

TINGGI!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.


TINGGI!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.


Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...