Selasa, 26 Mac 2013

BIJAK TANPA KEBERANIAN

Al kisah tersebutlah sebuah gudang padi yg telah memakmurkan beratus-ratus tikus yg tinggal di situ. Setiap hari tdk kurang dari 3 guni padi yg musnah habis dilantak oleh suku sakat tikus itu yg setiap hari pula bertambah jumlahnya. Menyedari akan keadaan tersebut, setelah dicari berbagai akal, maka tuan punya gudang padi menempatkan seekor kucing untuk mengatasi masalah itu.



Hasil dari kerja yg ditugaskan kepada kucing itu, setiap malam tdk kurang 7 @ 8 ekor tikus yg mati. Maka pada satu hari tikus pun mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengatasi keadaan darurat itu.

''Keadaan ini tidak boleh dibiarkan terus'', kata pengerusi mesyuarat sambil menghentak-hentakkan ekornya di atas guni, dan menyambung lagi: ''Bayangkan..., sudahlah rezeki kita disekat, bangsa kita pula dibunuh setiap hari sampai 7 8 ekor oleh kucing keparat itu!''. "Oleh sebab itu kita mesti mencari akal untuk mengatasi masalah ini. Masalah hidup,'' tegasnya dengan suara yg meninggi dan bersemangat.

Beratus-ratus tikus yg menghadiri mesyuarat itu terdiam. Keadaan sunyi sebentar. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain sambil menggerak-gerakkan misainya yg panjang itu untuk memikirkan cara yg berkesan.

Tiba-tiba suasana sunyi dipecahkan oleh suara seekor tikus dari sudut gudang itu : ''Setahu saya di antara ini ada seekor tikus yg memang terkenal bijaknya. Selama inipun beliaulah tempat kami mengadu hal @ untuk menyelesaikan masalah.''

Semua mata tikus-tikus di dalam gudang itu tertuju kepada seekor tikus muda yg kelihatan tersenyum dengan rasa bangga yg bergelojak. Setelah diminta oleh pengerusi majlis untuk memberi buah fikirannya, maka si tikus muda itupun berdiri. Sambil menjungkitkan-jungkitkan ekor dan mengurut-ngurut misainya iapun memulakan kata-katanya.

''Sepanjang pengalaman saya sebagai seekor tikus yg telah jauh menjelajah dari gudang ke gudang beras, sepanjang pengetahuan saya yg saya tuntut melalui penglihatan dan pendengaran saya yg tajam, masalah ini sebenarnya mudah diatasi,'' jelasnya dengan rasa angkuh kerana menyedari ia diakui sebagai tikus yg terbijak.

Tikus-tikus lain hanya mengibas-ngibaskan ekor masing-masing ingin tahu apa buah fikiran yg akan dilahirkan oleh tikus muda itu. ''Mudah saja,'' sambung tikus muda itu dengan suaranya yg lantang. ''Kita gantung loceng ke leher kucing keparat itu. Jadi, apabila dia datang, kita semua akan tahu dan sempat melarikan diri...''. Seluruh ruangan gudang itu bergemuruh oleh rasa kagum tikus-tikus yg puas hati dan menerima buah fikiran tikus muda itu.

Tiba-tiba dari celah guni, terdengar suara seekor tikus tua : ''Siapa di antara tuan-tuan yg hendak memasang loceng ke leher kucing itu?''. Suasana sunyi kembali dan masing-masing tikus saling berpandangan antara satu sama lain.

sekian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...