Selasa, 28 Mei 2013

perangsang peribadi

Aku percayakan diriku sendiri
Aku menaruh kepercayaan kepada orang2 yang berkerjasama denganku
Aku menaruh kepercayaan kepada sahabat2ku
Aku percaya kepada saudara maraku

Aku percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan pesuruhNya
dan aku percaya akan meminjamkan apa yang ku pinta untuk kejayaanku jika aku benar2 berusaha dengan kepercayaan penuh di jalan yang diredhaiNya

Aku percayakan doa2ku dan tak akan kulelapkan mataku sebelum aku berdoa ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa untuk mendapakan keredhaannya buat selama2nya supaya aku bersabar sesama manusia dan bertolak ansur kepada mereka yang masih sangsi terhadap kepercayaanku


Aku percaya bahawa kejayaan itu adalah hasil dari usaha yang bijak dan tidak mengharapkan nasib semata2 @ bergantung kepada orang2 lain

Aku percaya, aku akan memperolehi sesuatu dari dunia ini, jika aku berusaha terhadapnya oleh itu aku harus cermat menjaga kewibawaanku terhadap orang lain sebagaimana yang aku pinta dari mereka

Aku tidak akan mengeji orang2 yang aku benci
Aku tidak akan berubah pekerjaanku walaupun aku terlihat apa orang lain berbuat demikian
Aku sentiasa berusaha dengan sesungguh hati kerana aku telah berjanji kepada diriku sendiri untuk berjaya dalam hidup dan aku tahu bahawa kejayaan itu terletak pada usaha gigih yang tak mengenal letih

Aku akan sentiasa memaafkan mereka yang menyakiti hatiku kerana aku sedar bahawa sebagai manusia aku mungkin akan menyakiti hati mereka di mana aku pula akan memerlukan maaf daripada mereka

Sekian  

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...