Jumaat, 24 Mei 2013

sebutir nasi segedung intan


Sebutir nasi adalah rezeki dari Tuhan
Pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat ini?
Sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, seluruh jentera kerajaan Tuhan telah bekerja
keras menghasilkannya.
Jika kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk memperlekehkannya walaupun sebutir.
Mari kita telusuri perjalanan sebutir padi ciptaan Tuhan, hingga akhirnya terhasilnya sebutir nasi.

                                               


Para petani atau pekerja ladang menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka – benih padi yang sudahpun wujud ratusan kurun, yang  belum pernah lagi mengalami kepupusan.
Hari apa dan tarikh bila benih ini diturunkan ke bumi hanya Penciptanya yang tahu.
Setiap hari si petani, pekerja ladang yang rata-rata miskin itu menyiram dan menjaga semaian mereka,
Di sebalik itu sebenarnya para malaikat di bawah perintah Allahlah yang mengawal dan menjaga tumbesaran tanaman rezeki kurniaan Tuhan kepada manusia itu.
Akar-akar padi, Tuhan arahkan agar bergeraklah !! menjalarlah, pecahkanlah!! kelikir-kelikir tanah di bumiKu menjadi ketulan halus..
Molekul-molekul mineral dan makhluk air pula, TAAT menurut perintah, SETIA berkhidmat terus mengalir di celah-celah tanah, menyerap ke dalam akar tanpa soal,
Sang matahari, SIAJAIB  yang tak pernah padam ‘lampu’nya sejak ia diciptakan, memancarkan cahayanya ke atas dedaunan hijau, demi proses fotosintesis. Molekul-molekul Oksigen yang ‘ghaib’ di udara, juga disedut oleh si makhluk hijau itu untuk proses respirasinya..
Masa ciptaan Tuhan kemudiannya mengizinkan buah-buah padi itu masak, untuk dituai hasilnya.
Ribuan petani atau pekerja yang mengendalikan mesin-mesin di ladang, di kilang, para pekerja sistem pengangkutan, gudang, pasaraya, pekedai, adalah semuanya makhluk Tuhan yang membantu menyampaikan walau sebutir  beras kepada kita.
Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu asalnya dari mana, siapa yang menyemai benihnya ke bumi..dan seterusnya?
bila kita di hadapan makanan, rendahkanlah hatimu, berterimakasihlah kepada Tuhan, berdoalah untuk semua petani, nelayan, penanam sayur, pekedai, tukang masak dan semuanya yang membantu memberi nikmat itu kepada kita.
Betapa MAHA baiknya Allah.
Sesungguhnya walau sekaya mana pun manusia, ia tidak akan mampu hidup sendirian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...