Rabu, 30 Oktober 2013

you are special


Ingatlah, Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Maka senyumlah sentiasa kerana senyum itu tanda redha..senyum tanda gembira..senyum itu tanda bahagia..

Jika ujian datang menerpa, senyum dan berlapang dadalah..tarbiyahkan diri, setkan minda dan bisikkan dalam hati "You are special" kerana itu Allah memilih anda menerima 'ujian kasih sayangNya'




::Ingat Allah, Allah ingat kita::

Ahad, 27 Oktober 2013

4 cara tidur




4 cara tidur

1. tidur para NABI. Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. tidur para ULAMA&AHLI IBADAH. miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga 

untuk solat malam.

3. tidur para RAJA YANG HALOBA. miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan 

yang banyak dimakan.

5. tidur SYAITAN menelukup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

10 SITUASI LELAKI WANITA HARUS FAHAM

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.


5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.


9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat 

Jumaat, 25 Oktober 2013

KISAH KAUM HAWA




Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "



"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

sedarlah kaum wanita


PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

al-aqsa


Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.


Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.





Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Rabu, 23 Oktober 2013

ayat kursi


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dan banyak lagi kelebihan mengamalkannya..

::Ingat Allah::

akan ada orang tak suka kita


Dalam hidup ini akan ada orang yang tidak menyukai kita, namun itu bukanlah urusan kita. Biarkan saja mereka, yang penting kita melakukan perkara yang benar dan tidak menyusahkan mereka.

Rasulullah pun ada manusia yang tak suka. Inikan kita pula, sebagai seorang manusia biasa yang penuh dengan dosa...


Kadang-kadang apa yang dipamerkan bukanlah perkara yang sebenar. Manusia suka melebih-lebihkan sesuatu perkara..


sedih jadi terlalu sedih, gembira tunjukkan terlalu gembira..orang yang bahagia tak tunjuk yang dia bahagia. Orang tak bahagia sibuk nak canang kat orang lain dia bahagia..


::Ingat Allah, Allah akan ingat kita::

Isnin, 21 Oktober 2013

lukisan dinding

Alkisah seorang pengukir dinding…


Rahim seorang pemuda melawat sebuah sekolah agama Islam di mana dia melihat seorang pengukir dinding sedang bekerja.

Pengukir dinding sedang mengukir ayat-ayat Quran yang mempunyai kalimah Allah.

Akan tetapi Rahim mendapati ada dua ukiran yang sama di atas meja yang belum dipasangkan ke dinding.

“Mengapa buat dua yang sama?” tanya Rahim.

“Tidak. Hanya perlukan satu,” kata pengukir dinding. “Yang satu itu rosak bila hampir nak siap tadi.”

Rahim mengambil ukiran itu untuk melihat – tiada kesilapan pada ayat Quran yang diukir pada papan yang dikatakan rosak itu.

“Mana rosaknya?” tanya Rahim.

“Ada kotoran pada kalimah Allah, terkena cat hitam sikit tadi. Cuai,” jawab pengukir dinding.

Rahim nampak satu bintik kecil hitam pada kalimah Allah.

“Nak pasang mana papan ini di dinding?” tanya Rahim.

“Di bahagian paling atas itu,” jawab pengukir dinding sambil menunjuk tempatnya.

“Kalau tinggi begitu, tiada siapa yang nampak bintik hitam tu lah,” kata Rahim.

Pengukir dinding itu menghentikan kerja dan memandang ke arah Rahim.

“Saya tahu. Allah tahu!”

Ahad, 20 Oktober 2013

pahala sabar

PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR...


Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

''Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.''

[Hadis riwayat Dailami, Al Hakim dan Tarmizi]


Khamis, 17 Oktober 2013

cerita di bilik pembedahan


Isteri: Hari ni saya akan menjalani pembedahan jantung.
Suami: saya tau. I love you

[bila sedar dari pembedahan isteri tengok suami takde. Tapi ayah dia je ade]


Gadis: mana suami saya ayah?

Ayah: Liana tau tak siapa yang dermakan jantung untuk Liana?

Isteri: Siapa? Dia ke? [terus menangis]

Ayah: Takde lah. Ayah melawak je. Dia pergi tandas. hahaha

Isteri: Hampeh! :'(



Jumaat, 11 Oktober 2013

salam aidiladha


salam aidiladha
semoga anda semua gembira bersama keluarga yang tersayang
raya tahun nie berbeza apabila insan tersayang tiada di sisi
kemeriahan pasti terasa pada tahun-tahun lepas
kesunyian dan sepi mula mencengkam jiwa
tetapi, masih ada orang-orang yang ku sayang di sampingku
harap mereka selalu disayangi Allah

selamat hari raya
kita menyambutnya sebagai memperingati peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim

hati-hati di lebuhraya

sekian 

Isnin, 7 Oktober 2013

5 kaedah


✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT 

    DHUHA


✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu

    syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.

sekian.

Sabtu, 5 Oktober 2013

kenapa


Usah ditanya KENAPA dan MENGAPA Allah memberi SESUATU ujian itu kepada kita, Kerana DIA lebih MENGETAHUI apa yang DITENTUKANNYA..

Usah ditanya KENAPA dan MENGAPA nikmat itu TIDAK DAPAT kepada kita, Kerana DIA lebih MEMAHAMI keperluan kita dari kehendak diri kita..


TAPI TANYALAH… 


KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR menerima SESUATU dengan IKHLASNYA, KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK pernah MENSYUKURI nikmat yang DIBERI olehNYA , KENAPA dan MENGAPA kita SELALU bersangka BURUK dengan PENCIPTA kita, KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA melakukan APA yang dilarangNYA..

sekian.

Khamis, 3 Oktober 2013

kolot

KOLOTatau dalam erti kata lain adalah ketinggalan zaman


Al-kisahnya...

Lelaki: weyh kolotnya hg...malam2 pun nak pakai stokin...takdak orang nak tengok kaki hg aihh..

perempuan: aku atau hg yang kolot?kenapa?waktu malam..kita semua bebas dari dosa ka?lagipun macam na hg boleh cakap yang takdak orang nak tengok kaki aku sedangkan aku yang dah pakai stokin pun hg still tengok kaki aku?

Lelaki: ==' *speechless*

p/s: 1st step: Mulakan dengan memakai stokin kaki&sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung.



Selasa, 1 Oktober 2013

10 profil peribadi muslim


10 PROFIL PERIBADI MUSLIM: dinyatakan oleh Imam Hasan Al-Banna

1. kekuatan jasmani

2. fikiran berteraskan ilmu pengetahuan

3. mampu berdikari

4. aqidah yang sejahtera

5. ibadah yang betul

6. berjuang melawan hawa nafsu

7. menjaga masa

8. akhlak yang mantap

9. berguna untuk orang lain

10.mengatur urusan diri

sekian.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...