Isnin, 21 Oktober 2013

lukisan dinding

Alkisah seorang pengukir dinding…


Rahim seorang pemuda melawat sebuah sekolah agama Islam di mana dia melihat seorang pengukir dinding sedang bekerja.

Pengukir dinding sedang mengukir ayat-ayat Quran yang mempunyai kalimah Allah.

Akan tetapi Rahim mendapati ada dua ukiran yang sama di atas meja yang belum dipasangkan ke dinding.

“Mengapa buat dua yang sama?” tanya Rahim.

“Tidak. Hanya perlukan satu,” kata pengukir dinding. “Yang satu itu rosak bila hampir nak siap tadi.”

Rahim mengambil ukiran itu untuk melihat – tiada kesilapan pada ayat Quran yang diukir pada papan yang dikatakan rosak itu.

“Mana rosaknya?” tanya Rahim.

“Ada kotoran pada kalimah Allah, terkena cat hitam sikit tadi. Cuai,” jawab pengukir dinding.

Rahim nampak satu bintik kecil hitam pada kalimah Allah.

“Nak pasang mana papan ini di dinding?” tanya Rahim.

“Di bahagian paling atas itu,” jawab pengukir dinding sambil menunjuk tempatnya.

“Kalau tinggi begitu, tiada siapa yang nampak bintik hitam tu lah,” kata Rahim.

Pengukir dinding itu menghentikan kerja dan memandang ke arah Rahim.

“Saya tahu. Allah tahu!”

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...