Rabu, 13 November 2013

anwar nursi


Hidup ini sekali, biarlah ianya bererti....


Kehidupan di dunia ini tidak selamanya berjalan seperti yang kita rancang dan yang kita

harapkan. Sekali kita gembira, sekali kita berduka, sekali kita rehat dan sekali kita bekerja,

sekali kita berjaya dan sekali kita kecewa.


Sayyid Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata, “Orang yang mengenal dan taat kepada 

ALLAH ia akan bahagia meskipun berada dalam penjara. Orang yang tidak mengenal-NYA 

akan sengsara meskipun berada dalam istana.”


As Syahid Sayyid Qutb berkata, “Kehidupan materialisma yang menggugat dunia

diumpamakan seperti kagumnya anak-anak kecil terhadap pakaian berlukis dan mainan

berwarna-warni.”


Hidup ini hanya sekali, biarlah ianya bererti. Sesungguhnya hanya orang yang berusaha yang

akan memperolehi hasil titik peluh dan pengorbanannya. Biarlah kita rugi di sini tetapi jangan

pula kita muflis di akhirat kelak.
Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...