Khamis, 27 Februari 2014

3 golongan

Berkata Imam Hasan al-Basri :"Ada 3 golongan yang menggunakan al-Quran


1) Orang yang menjadikannya sebagai perniagaan.Dengan al-Quran dia berusaha meraih harta manusia dari satu tempat ke tampat yang lain.

2) Orang yang menjaga huruf-hurufnya tetapi menghilangkan hukum-hukum di dalamnya.Dengan al-Quran mereka mendukung para penguasa & bertindak zalim terhadap rakyat.Sudah ramai orang yang begini,semoga ALLAH tidak menambah bilangan mereka.

3) Orang yang membaca al-Quran lalu menggunakan al-Quran sebagai ubat penyakit hati.Dia menghidupkan malam-malamnya,kedua matanya bercucuran air mata.Demi ALLAH ! Sangat sedikit bilangan mereka.Melalui mereka ALLAH menyirami dengan air hujan,menurunkan pertolongan & menolak bencana."

[Imam Hasan al-Basri,al-'aqad al-Farid Jilid 2,hal. 89]

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...