Jumaat, 21 Februari 2014

burung kecil

USAHA BURUNG KECIL


Seekor burung kecil berusaha memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim. Nyala api yang disiapkan raja Namrud itu begitu besarnya, sementara sang burung hanya menitiskan air dari paruhnya yang kecil.

- Ia ulang-alik mengambil air, kemudian membuangnya ke tengah api. Begitu berulang-ulang.

Tentu saja haiwan-haiwan lain mentertawakannya: "Mana mungkin kau dapat memadamkan api itu?"

- Burung kecil menjawab: "Aku tahu tidak mungkin memadamkannya. Tapi aku ingin Allah mencatat bahawa aku telah ambil tahu dan berusaha."

Saudara/i ku yang budiman...

Allah tidak melihat hasil, tetapi melihat usaha yang kita lakukan sesuai kemampuan kita. Tetap semangat melakukan perubahan sesuai kemampuan kita, sebagai keprihatinan kita kepada bangsa yang kita cintai.

sekian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...