Kenapa. Manusia suka dengki dengan manusia lain. Tak boleh kalau tengok orang lain lebih daripada dia, kalau mereka ni rendah daripada dia, tak mengapa. Egokah dirimu wahai manusia. Tidak sedarkah dirimu bahawa kau hanyalah seorang hamba di atas muka bumi ini. Hamba yang boleh memilih apa yang kau mahu. Mampu merancang kehidupan yang kau mahu.
Tetapi, itulah. Sifat egomu terlalu tinggi. Nafsumu tidak pernah puas dengan apa yang kau dapat. Selepas dapat kereta kancil, mahu waja, lepas dapat waja, mahu saga. Sampai bila kau akan dapat memuaskan nafsumu yang semakin menggila itu.
Sedarlah wahai diri, kau semakin menuju kepadaNya. Umurmu semakin lama semakin singkat. Sudah cukupkah bekalan untuk menuju ke alam sana?
Wahai bakal jenazah-jenazah sekalian ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan