Jumaat, 7 Mac 2014

kisah gigi

Ceritanya bermula begini, aku dah tak tahan gigi aku sakit. Jadi, aku buat keputusan nak jumpa doktor gigi walaupun sebenarnya aku tak suka jumpa doktor. 

Tampalan gigi dibuat di klinik UPSI. Ini pengalaman kedua aku buat tampalan gigi. 

Kepada pelajar-pelajar upsi, sila gunakan kemudahan yang disediakan di klinik UPSI. Sebab kalau nak buat kat klinik swasta memang mahal lah kan. Klinik UPSI menyediakan rawatan secara percuma bernilai Rm 100 untuk pelajar mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan dalam tempoh satu semester. Gigi yang banyak rosak dan melebihi Rm 100, pelajar kena tambah duit sendiri ataupun tunggu jelah semester depan. Sanggup ke kalau dah sakit sangat? Tampalan gigi berharga RM 2o untuk setiap batang gigi.


Masa buat rawatan tu, sempat lagi doktor tu berborak dengan pembantu dia. Aku dah cuak. Kang doktor ni tampal gigi aku salah ke? Aku sempat jugak dengar diorang cakap pasal alatan tak cukup lengkap dalam bilik pergigian tu. Hmm, patutlah aku kena buat rct(root canal treatment) dekat klinik tanjong malim. 

Aku dah takut dengar doktor tu cakap kena matikan akar. Rasa macam sakit je buat benda tu. Untuk melegakan ketidaktenteraman hati ni, aku try lah tanya cik google, rupanya taklah sepertimana yang aku bayangkan. 

Sila jaga gigi baik-baik ye.

 

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...