Seorang tua dilihat menyorong basikalnya dan diatas basikal terdapat sekampit beras. Dibawa masuk dari Siam dan itu lah kerjanya setiap hari. Setiap kali masuk ke Malaysia, orang tua ini akan mengucapkan salam dengan kuat kepada semua pegawai kastam yang bekerja. Dalam senyum senyum, sikastam kastam ni pun sentiasa berfikir. Siapakah orang tua ni dan apakah kerjanya yang sebenar? Berpuluh tahun asyik membawa masuk beras setiap hari.
Bila pihak Kastam ni semakin curiga, maka ketua Kastam pun suruh lah pegawai2 kastam ni untuk buat siasatan. "Kita siasat !!!" kata ketua kastam.
Ada antara mereka yang mengekori si tua ni untuk siasat. Maka terkejut lah kastam ni apabila dilihat rumah si Tua ni punya la besar. Macam istana, mewah dan terletak di dalam sebidang tanah yang luas. Beristeri muda lagi.
Bila pulang ke pejabat, si pegawai kastam pun buat laporan. Ketua kastam pun terkejut dengan perkembangan ini."Bagus" kata ketua kastam. "Kita buat sekatan, orang tua tu sudah melampau, sewenang wenang menyeludup beras." Marah sangat lah ketua kastam tu kerana si Tua seludup beras sampai kaya dan cemburu si Kastam kerana dia masih duduk di rumah kuarters, 2 bilik dan kongsi 1 bilik air. Sering bergaduh dengan anak kerana si anak lama sangat gosok gigi.
Maka pada keesokan harinya, Seluruh kastam pun sembunyikan diri di dalam semak yang tak sampai 2 kaki tinggi menanti si Tua yang bakal menyeberang pulang ke Siam itu.
Apabila kelibat orang tua itu menyeberang sekatan kastam. Disergahnya orang tua itu. Nasib baik tak terkejut.
Orang tua yang ketakutan itu pun angkat tangan .... macam cerita omputih, bila kena sergah polis. Kastam yang siap dengan senjata dan ramai jumlahnya itu pun mengepung orang tua tersebut.
Dibawa orang tua itu bersama berasnya ke dalam pejabat dan disoal siasat. Kampit beras pun di buka dan tiada apa di dalam, kecuali butiran beras yang berkualiti rendah. Beras yang paling murah dengan harga yang paling rendah. Tiada senjata dan tiada dadah tersembunyi. Maka kastam pun melepaskan orang tua itu dengan hati yang tertanya tanya. Bagaimana dengan hanya sekampit beras sehari, orang tua itu sudah mampu membina mahligai dan menjadi kaya.
Apabila di lepaskan, orang tua tu pun tersenyum kerana di dalam hatinya berkata. Bodohnya kastam. Orang tua tu kini sudah pun tidak mampu membuat kerja itu lagi dan berehat melayan cucu. Begitu lah ceritanya.
Macamana dia jadi kaya? Sebenarnya orang tua tu, seludup basikal dan bukannya beras seperti yang disangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan