Rabu, 18 Mac 2015

Sungguh

Kerana bencana 
Muncullah doa


Hai bencana, kerahkanlah semua kemampuanmu

Kamu pasti akan lenyap
Kini tiba saatnya
sinar terang benderang

Jangan sekali2 menganggap bahawa orang2 yang hidupnya boros dan suka bermewah-mewahan itu akan berbahagia dalam kehidupannya. Sebab kenyataan sebenarnya, gaya hidup mereka justeru tidak patut dibanggakan.

Orang yang terlalu mengejar kenikmatan dan keinginan hatinya, tidak peduli halal dan haram, mereka sebenarnya tidak bahagia. Mereka dalam kesempitan, kesedihan dan kegelisahan. Sebab, setiap orang yang menyimpang dari aturan Allah dan berbuat maksiat tidak akan pernah bahagia selamanya.

Jangan anda kira bahawa orang2 kaya yang berlimpah harta dan hidup berlebihan, mereka hidup dalam kesenangan dan kegembiraan. Tidak demikian, bahkan sebahagian orang2 fakir yang tinggal di rumah2 sederhana, keadaan mereka jauh lebih bahagia daripada mereka yang hidup bergelimpangan dengan kesenangan, berpakaian kain sutera, dan tinggal di bangunan2 yang mewah. Sebab seorang mukminah yang fakir, gemar beribadah dan tidak mengejar dunia, akan lebih bahagia daripada wanita yang menyimpang dan keluar dari peraturan Allah.

p/s : Sesungguhnya kebahagiaan itu ada dalam diri
        anda. Kerana itu, sudah seharusnya anda
        mengerahkan jerih payah anda untuk
        memperbaiki diri sendiri.  





Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...