Sabtu, 16 Mei 2015

selamat hari guru

Di sini aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu yang susah payah mengajar dari sekolah rendah sampai lah sekarang. Semoga pergorbanan dan jasa cikgu-cikgu semua diberkati oleh Allah swt. 

Kerjaya sebagai guru ni kena banyak sabar. Melayan karenah manusia nie amat lah payah. Macam-macam perangai pun ada. (dari sudut pandangan aku sahaja). Mungkin juga ada orang yang suka jadi cikgu. Terpulang pada diri dan minat masing-masing lah ye. Tapi, terbukti dari kajian-kajian lepas bahawasanya guru adalah antara kerjaya yang akan menyebabkan manusia yang jadi cikgu nie tertekan. Dan salah satu sebabnya sikap pelajar. 

Ada orang cakap jadi cikgu ni untung dunia akhirat. Sebab, kalau pelajar tu amal ilmu yang ckgu ajar, pahalanya dapat kat guru tu selama mana pelajar tu amalkan apa yang di ajar. Ada seorang guru nie, aku sangat suka kalau dia mengajar. Apa yang di ajar mudah nak faham, dan yang anehnya, lepas aku balik dari kelas dia, aku rasa tenang. Keikhlasan tu dapat dirasa oleh diri ini. Dia adalah guru yang sangat istimewa pada pandangan aku. Tapi, dia dah kembali kepada Tuhan. 

Hasil carian imej untuk teacher



Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...