Bagaimana hubungan anda dengan jiran?
1- Wasiat Malaikat: Daripada Ibnu Umar dan Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Malaikat Jibril sentiasa berpesan kepadaku untuk selalu berbuat baik terhadap jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan ikut mewarisinya." -Riwayat al-Bukhari
2- Ambil berat pasal jiran: Daripada Abu Zar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Abu Zar, bila kamu memasak makanan yang berkuah, maka perbanyakkanlah airnya dan perhatikanlah jiranmu."- Riwayat Muslim.
3-Jangan menyakiti jiran: Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Demi Allah, seseorang itu tidak sempurna imannya. Demi Allah, seseorang itu tidak sempurna imannya. Demi Allah, seseorang itu tidak sempurna imannya." Ada seseorang bertanya: "Siapakah orang yang tidak sempurna imannya itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Orang yang jirannya tidak aman kerana gangguannya." -Riwayat Bukhari dan Muslim
4-Utamakan yang paling dekat ketika memberi: Daripada Aisyah r.a berkata: "Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai dua jiran, lalu kepada jiran mana yang saya perlu memberi?" Baginda menjawab: "Kepada jiran yang pintunya lebih dekat dengan kamu." -Riwayat al-Bukhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan