Sabtu, 17 Oktober 2015

kulit roti

Ramai orang yang tak suka makan kulit roti sedangkan ianya boleh dimakan. Bahkan ada yang membuangnya. Kalau nak ambil roti, mesti skip bahagian atas sekali sebab nak dapatkan kepingan roti seterusnya yang lebih putih dan gebu isinya.
Tidakkah kita sedar bahawa tanpa kulit roti, kita tidak akan mendapat kepingan-kepingan roti yang lain?
Maka sedarkah kita, terkadang kita melihat tugas seseorang tersebut hanyalah picisan sedangkan tanpa beliau, akan goyahlah sesuatu organisasi, pekerjaan atau hidup.
Ibarat nelayan dan petani, kita melihat pekerjaan mereka dengan pandangan yang enteng, hatta mak cik cleaner sekalipun, sebelah mata pun kalu boleh malas nak tengok.
tetapi sedarkah anda, tanpa insan-insan ini (dengan izin Allah), anak-anak anda tidak mungkin akan mengenali ikan dan beras.
Tandas awam di shopping complex dan tempat awam juga kelihatan kotor serta jijik.
Belajarlah, menghargai dan menghormati orang sekeliling. Kerana Allah mengangkat darjat hamba-Nya atas dasar taqwa. bukan pada nilai mahalnya ipad atau iphone yang korang duk tenyeh setiap masa.

Hasil carian imej untuk kulit roti
~belajardarikulitroti~
Catat Ulasan

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...