Ahad, 1 November 2015

Gems 2.0

Kalau ada sesiapa yang dapat panggilan untuk ke kursus gems. Aku mengalakkan diorang untuk pergi. Graduate Employability Management Scheme (Gems) yang ditubuhkan untuk membantu graduan mendapat pekerjaan. Skim ini dibawah kerajaan dan Talent Corp diberi tanggungjawab sebagai syarikat yang menganjurkan program ni. Program yang berlansung selama 8 hari akan cover module melibatkan problem solving and decision making skills, communication skills, organizational skill, and leadership skill. Tempat tinggal dan makan semua disediakan. Konsepnya adalah Zohl Consultancy yang ditugaskan untuk mencari pekerjaan akan menghantar resume kepada host company yang terlibat. Sekiranya host company berminat untuk mengambil graduan bekerja, ada 2 cara sama ada melalui proses interview terlebih dahulu atau terus diserapkan ke syarikat. Graduan perlu menjalani training paling kurang dalam tempoh setahun. Dalam proses latihan tu, sekiranya prestasi bagus, syarikat akan mengambil graduan sebagai pekerja tetap.


Hasil carian imej untuk gems 2.0

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...