Rabu, 27 April 2016

NASIHAT AL-GHAZALI: AKTIVITI HARIAN


Hasil carian imej untuk ilmu

Di antara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Al-Ghazali Hujjatul-Islam, terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini, Imam Al-Ghazali menerangkan amalan-amalan atau apakah aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap orang Islam, pada setiap hari dan malam, sepanjang hidupnya. Mengikut Imam Al-Ghazali, inilah satu panduan atau jadual hidup harian yang lengkap, yang patut diamalkan oleh setiap orang Islam. Berikut ini nasihat Imam Al-Ghazali mengenai aktiviti yang patut dibuat di waktu pagi, selepas solat sunat Dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk solat fardhu zuhur. Ada 4 perkara yang boleh dibuat, kata Imam Al-Ghazali.


1)      Yang terlebih afdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari Ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kepada Tuhan, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya. 

Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su’ dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Di sepanjang hari, mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.

 Apabila engkau telah cuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadat dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan Nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi Ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka engkau menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalanmu). Apabila niatmu tidak ikhlas maka disinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan di sini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.


2)      Kedua, bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadah seperti berzikir, membaca al-Quran, bertasbih dan sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang abid’ dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung. 

  
3)      Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang alik dalam menunaikan hajat mereka, atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah, maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.


4)      Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.



[Imam al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, (Terj. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi), 2008, Wholesale-Mant Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms. 65-69] 

Selasa, 26 April 2016

bertahan

dalam tenangnya dia terus melangkah tanpa lelah biarpun sebenarnya dia hampir rebah..kerana dia tahu, Allah yang sentiasa ada bersamanya..

....kerana dia tahu, Allah yang menahannya dari terus jatuh...

Hasil carian imej untuk shield

Ahad, 24 April 2016

types

Hasil carian imej untuk types

People are 3 [types]:
1- like food, you can't go without;
2- like medicine, you need periodically;
3- like sickness, you never need.

Khamis, 21 April 2016

saudara

Daripada Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria.”


[Riwayat Muslim]

Hasil carian imej untuk saudara

Selasa, 19 April 2016

siap

Persiapkan Lima Amalan Yang Dapat Membantu Ketika Berada di Hari Akhirat

Pertama : Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.

Kedua : Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.


Ketiga : Memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT.

Keempat : Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Kelima : Perbanyakkan membuat kebaikan dan solat tahajud dan kepada Allah SWT.

Hasil carian imej untuk laut

Ahad, 10 April 2016

baik

Hasil carian imej untuk baik

Jadilah kamu orang yang baik;
Orang yang baik,
bila ada disukai
bila tiada dirindui,
bila mati ditangisi


Janganlah kamu jadi orang jahat;
bila ada dibenci
bila tiada disukai
bila mati disyukuri

- Sayyidina Ali bin Abi Thalib

Rabu, 6 April 2016

hakikat


Hakikat Dunia

Ajaibnya makhluk yang bernama duka dan derita itu. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, muncul dalam pelbagai gaya. Menerjah ke dalam pelbagai dada dan jiwa. Kecil besar rasa derita dan duka itu kadang-kala tidak diukur dengan kadar sebabnya, tetapi dengan kadar perasaan mengenainya. Perasaan itu tidak dapat dikawal oleh insan, melainkan insan kembali kepada hakikat kehidupan dengan pergantungan kepada Allah. Sebab itu, apabila insan ditimpa musibah, dia disuruh kembali memahami hakikat dunia ini. 

Hasil carian imej untuk time

Ahad, 3 April 2016

ilaika

Ilaika; sebuah syair menyayat hati oleh insan agung Imam Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf (Imam as-Syafie Rahimahullah). Syair ini menunjukkan kepada kita betapa tawaduknya Imam mulia ini.

Hasil carian imej untuk agung

Kupersembahkan (rintihan) kepada-Mu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Kurniaan-Mu dan keampunan-Mu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
Semoga Yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut dan mengingati Rabbnya

Dan bila dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan kujaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat kujaga aku rindu, di saat kulelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...