Selasa, 31 Disember 2013

2014

Apabila rasa sunyi. Dulu, masa ada orang yang sayang kita. Tak hargai, apabila dia dah pergi jauh dari diri ini. Rasa sunyi. Apbila dekat, rasa merimaskan, apabila jauh, rasa rindu. Apa jenis perasaan yang macam ni?

Zaman berubah, manusia juga berubah. Mungkin masa dulu lain, sekarang dah jadi lain. Disebabkan pelbagai faktor. Ada juga manusia yang jenis tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang. Macam tu jugak. Itu jenis lain.

Hidup perlu berteman. Walaupun mati tidak berteman. Yang menemankan kita cuma amal ibadat. Semua akan ditinggalkan.

Sunyi dan sepi. Riuh dan rendah. Rencah kehidupan. Bila mana rasa sunyi datang, kita akan sedar bahagianya dengan gelak tawa seorang teman, gurauan manja seorang kakak, kasih sayang seorang ayah. Perasaan apabila berada dalam keramaian, inginkan masa untuk bersendiri.


Hargailah orang di sekeliling anda. Hargailah detik kehidupan anda. Bina memori-memori indah hidup bersama.

Selamat tahun baru 2014. 

Ahad, 29 Disember 2013

mukmin

Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa suasana. Jika mati terbunuh menegakkan ugama mendapat syahid.Yang penting kita berusaha menjadi mukmin. Ini dapat di capai dengan ilmu dan disiplin. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah dan cinta dunia. Jadikan menjadi muslim, mukmin, muhsin dan muttaqin tujuan hidup kita. Jika kita bersemangat melawan musuh tetapi musuh dalaman kita iaitu penyakit hati dan akidah, ibadah dan akhlak keluarga terdekat kita tidak pedulikan alangkah ruginya. Jom selalu ada sifat sentiasa melihat dengan mata hati dan lihat dunia ini ladang mencari habuan di akhirat. Lebih baik kita sibuk melihat diri dan membetulkan diri dan kita sama berdoa semoga mangsa di Gaza yang terkorban mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah swt. Jom ambil iktibar menghargai setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita mencari bekalan di akhirat nanti. Sebenarnya mereka yang berada di Gaza 'bertuah' kerana akan sentiasa ingat mati dan tidak ada masa nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila bila masa sahaja. Wallahuallam.


Sumber: sini

Sabtu, 28 Disember 2013

times square

Apa yang ingin ditulis. Terbaca satu berita mengenai kejadian bunuh diri di Times Square KL.

Info lanjut sini.


Sekarang ni ramai manusia yang depression eh .. bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Rasa hidup dah tak bermakna.

Tidak tahu matlamat hidup. Hidup tapi macam orang yang dah mati. Life but die.  Maksudnya mayat hidup lah tu. Hidup dalam rutin yang sama. Bangun, kerja, makan, tidur. Tidak tahu apa sebenarnya makna kehidupan. Hidup tanpa roh kehidupan.

Untuk apa aku hidup? Kenapa aku dijadikan? Siapa pencipta diriku? Bagaimana nak cari makna kehidupan yang sebenar?

Pergantungan yang sebenar kepada Allah s.w.t.


Khamis, 19 Disember 2013

beri masa

kadang-kadang kita perlu menjarakkan diri. Memberi peluang kepada diri masing-masing untuk berfikir. Di mana salah dan betulnya tindakan kita. Kita perlukan 'masa' bersendirian itu. Moga setiap jiwa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.


::Ingat Allah::

Isnin, 16 Disember 2013

bintang

''TENUNGLAH LAUT, SERULAH BINTANG, BISIKKAN PADA MENTARI. 
Andai itu mampu melenyapkan sunyi sang kalbu. 
Usah dihirau sepi tanpa bayang-bayang manusia tapi pedulilah
pd IA yang tidak bermulut - tapi berkata 
pd IA yang tidak bermata - tapi memerhati 
pd IA yang tidak berhati - tapi merahmati 

Ahad, 8 Disember 2013

hari-hari letih

Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah ...
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah ...
Ketika bahu tak mampu memikul amanah, maka bersujudlah ...

Ikhlaskan semua dan dekatkan diri pada-Nya, ..
Agar tunduk disaat yang lain angkuh, ..
Agar teguh disaat yang lain runtuh ...
Agar tegar disaat yang lain terlempar ....

Orang mukmin jika melihat dia mengambil pelajaran ...
Jika berbicara dia berdzikir ...
Jika kaya dia bersyukur ...
Jika ditimpa musibah dia bersabar ......

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...