Selasa, 31 Disember 2013

2014

Apabila rasa sunyi. Dulu, masa ada orang yang sayang kita. Tak hargai, apabila dia dah pergi jauh dari diri ini. Rasa sunyi. Apbila dekat, rasa merimaskan, apabila jauh, rasa rindu. Apa jenis perasaan yang macam ni?

Zaman berubah, manusia juga berubah. Mungkin masa dulu lain, sekarang dah jadi lain. Disebabkan pelbagai faktor. Ada juga manusia yang jenis tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang. Macam tu jugak. Itu jenis lain.

Hidup perlu berteman. Walaupun mati tidak berteman. Yang menemankan kita cuma amal ibadat. Semua akan ditinggalkan.

Sunyi dan sepi. Riuh dan rendah. Rencah kehidupan. Bila mana rasa sunyi datang, kita akan sedar bahagianya dengan gelak tawa seorang teman, gurauan manja seorang kakak, kasih sayang seorang ayah. Perasaan apabila berada dalam keramaian, inginkan masa untuk bersendiri.


Hargailah orang di sekeliling anda. Hargailah detik kehidupan anda. Bina memori-memori indah hidup bersama.

Selamat tahun baru 2014. 

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...