Jumaat, 30 Disember 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR

rahsia di sebalik tarikh lahir..
xsemua tilikan di bawah tarikh lahir itu benar..
jom tengok video nie..
moga mendapat manfaat..


Rabu, 28 Disember 2011

LELAKI STEREOTAIP...Setuju atau tidak?

Meh kita lihat fakta2nya dahulu ye...

                                                       

  • Lebih bersikap agresif berbanding perempuan.Bagaimanapun,dalam hubungan interpersonal , kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah sama sahaja.Namun , lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya
  • Lebih bersikap sukakan pertandingan , dan juga lebih keras kepala berbanding pperempuan
  • Mempunyai lebih keyakinan diri (kadangkala s0mb0ng juga) dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding perempuan
                                                  
  • Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi.
  • Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan
  • Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak
  • Kurang kemas
  • Lebih gemar bercakap dan lebih cenderung mencelah semasa orang sedang bercakap
  • Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan lesbian
  • Lebih cenderung menyindir dan menggunakan metafora dalam perbualan 


Khamis, 22 Disember 2011

STADIUM TERCANTIK DI DUNIA

                                      
                                               Stadium "sarang burung"


                                      
                                                  ALLIANZ ARENA,MUNICH


                                     
                                                    Nelson Mandela Bay Stadium


                                 
                                                  Royal Bafokeng Stadium
                                   

Ahad, 18 Disember 2011

SAHABAT , KAU YANG TERBAIK BAGIKU

                                  
Bismillahirrahmanirrahim.....~~~** Tentang SAHABAT **~~ Sahabatku adalah titisan embun pagi yang jatuh membasahi kegersangan hati hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari dalam kesejukan.......

Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya yang menemani kesendirian rembulan yang berduka hingga mampu menerangi gelita semesta dalam kebersamaan.......
                                        
Sahabatku adalah pohon rendang dengan seribu dahan yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan hingga mampu memberikan keteduhan dalam kedamaian.....Wahai angin pengembara khabarkanlah kepadaku tentang dirinya......Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suciyang jernih mengalir tiada henti hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri dalam kesegaran.....

Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun dalam kesucian......

Sahabatku adalah untaian intan permatayang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara hingga mampu menebar pesona jiwa dalam keindahan........Wahai burung duta suara ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya.....:)
                               
sahabatku………seberat apapun masalahmu sekelam apapun beban hidupmujangan pernah berlari darinya ataupun bersembunyi agar kau tak akan bertemu dengannya atau agar kau bisa menghindar darinya

kerana sahabat…..seberapa jauhpun kau berlari dan sedalam apapun kau bersembunyidia pasti akan menemuimu dalam sebuah episode kehidupanmu

sahabatku……alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati dan mengilapnya lantai nuranimu hadapi ia dengan senyum seterang mentari pag ia ajak  untuk menikmati hangatnya teh kesabaran ditambah sedikit pegangan keteguhan

sahabat…….dengan begitu sepulangnya ia dari rumahmu akan kau dapatidirimu menjadi susuk yang tegar dalam semua keadaan dan kau pun akan mampu dan lebih berani untuk melewati lagi dugaan kehidupan dan yakinlah sahabat……..kaupun akan semakin bisa bertahan kala badai cubaan itu menghentam.....!Keep smiLe sahabatQ......(^_^)(´'`v´'`)`•.¸.•´.¸.•´¸.•*¨)¸.•*¨)(¸.•´ (¸.•´¸¸.¨¨` ~

Khamis, 15 Disember 2011

wanita yang dimurkai Allah


                                
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencianNya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah.

 Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan,  bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

                                          

1.      Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2.      Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan asap yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3.      Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4.      Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5.      Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6.      Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7.      Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8.      Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9.      Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
 
                                               

1.         Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (bertudung) dikalangan lelaki.
2.         Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3.         Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4.         Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5.         Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6.         Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7.         Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8.         Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.         Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10.     Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Di antara sifat buruk mereka:

1.         Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2.         Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Na'uzubillahi min zalik.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...