Rabu, 31 Ogos 2011

negaraku merdeka

Sempena bulan kemerdekaan ini , saya ingin kongsikan sesuatu dengan anda semua...
Senarai PM Malaysia yang telah memerintah negara selama ini....
Jasamu akan tetap kukenang..
Hidup Malaysia...
MERDEKA3X...

                                                                    
                                                         Y.T.M Tunku Abdul Rahman Al-Haj
                                                          Bapa Kemerdekaan ( 1957-1970 )

                                                                   
                                                    Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien
                                                     Bapa Pembangunan ( 1970-1976 )

                                                                
                                                 Tun Hussien bin Dato' Onn
                                                  Bapa Perpaduan ( 1976-1981 )

                                                              
                                               Tun Dr.Mahathir Mohamad
                                                Bapa Pemodenan ( 1981-2003 )

                                                                 
                                               Tun Abdullah Ahmad Badawi
                                                Bapa Pembangunan Modal Insan ( 2003-2009 )

                                                               
                                             Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
                                             Bapa Transformasi ( 2009-kini )

Semoga kesejahteraan dan perpaduan negara akan terus berkekalan..Aminn

Ahad, 28 Ogos 2011

untukmu wanita


Wanita solehah itu aurat dijaga, 

pergaulan dipagari, 
sifat malu pengikat diri, 
seindah hiasan di dunia ini, 

keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,
kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak kepada kemanjaannya, 

daya penarik wanita solehah itu, 
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, 
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk rayu, 
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah, 
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, 
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak 
permata yang menyeri alam, 
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan, 
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhlaknya, 
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,


wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, 
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, 
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,
wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai, 
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, 
wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu, 

wahai wanita solehah, 
jangan dirisau akan jodohmu, 
kerana ada muslimin yang bijaksana itu, 
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan, 
bersyukurlah diatas apa yang ada, 
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama 
salam perjuangan untuk sahabatku..
wanita solehah, 
"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

Khamis, 25 Ogos 2011

BISKUT RAYA FEVERET

1.
Tart nenas..^_^


2.
Alm0nd Lond0n

3.
Biskut Cornflakes


tahun nie , takde biskut c0rnflakes..huhu
tapi syukur ada tart nenas...
biskut raye feveret k0rang apa ye..? 
j0m kongsi...



DENDANG PERANTAU


Di hari raya
                                         Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai
 selaluNun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )

download lagu sini

Selasa, 23 Ogos 2011

10 alasan kukuh turunkan berat badan

                                                          
  • Perbaiki daya ingatan
  • Jimat wang
  • Lebih kuat
  • Panjangkan jangka hayat jantung
  • Lindungi lutut
                                                  
  • Mudah bernafas
  • Luaskan saluran darah
  • Keseimbangan badan
  • Melancarkan proses kelahiran
  • Elak kanser

Ahad, 21 Ogos 2011

REVIEW BLOG DAPAT RM

abc masuk satu contest..
review blog dapat RM..
saje suka2 jea nie...^^


nak review blog salwaismail
bl0gnnye simple tapi menarik..
xserabut la kalau lepak sini...
background c0l0ur hitam dan ada cam salji putih2 gitu..
entri pun boleh tahan..

yang pasti , bl0g nie simple..^^
itu jelah...
Terima kasih baca entri ini..(=

NAK DUIT RAYA

       




                       



                    


sape2 yang nak duit raya...
j0m j0in contest raya...
manalah taw rezeki kamu....
selamat hari raya...^_^

ABC tagged:

terima kasih sudi baca entry ini...^^

Sabtu, 20 Ogos 2011

kelebihan malam lailatulqadar


                                             
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialahmalam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu).

Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihadselama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

                                              

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

·Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
·Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
·Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
·Allah: Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
·Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
·Allah: Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar
·Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
·Allah: Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
·Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
·Allah:Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1.Orang yang kekal minum arak.
2.Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3.Orang yang memutuskan silaturahim.
4.Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:

“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quranitu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah NabiAyub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-

·Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yanggenap.
·Jika Ramadangenap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan ituSebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
·Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
·Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
·Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

                                               

Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassanmenyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar ituberdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
·Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
·Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
·Hari Selasa dan Jumaatmaka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
·Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
·Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.

Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.

Lantas dirikanlah:-
1.Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2.Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3.Sembahyang sunat tahajjud.
4.Sembahyang sunat tasbih.
5.Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{Beristighfar.
{Bertasbih.
{Bertahmid.
{Bertakbir
{Bersedekah
{Menjaga maruah dan akhlak
{Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{BuLAN yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Khamis, 18 Ogos 2011

ujian psikologi mengenal sahabat


Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...


1- tepi sungai
2- halaman rumah 
3-tepi/tengah padang 
4-belakang rumah/tepi dapur 


Jawab dengan jujur ya


                                                       


dah pilih?
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...