Jumaat, 31 Ogos 2012

ANDA MEMPUNYAI SEGUDANG NIKMAT

{ SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN }


Kelembutan Allah betapapun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam

Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak2mu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud2 dan dalam malam2 ibadah mereka.

 Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih saying dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
Kepada umat manusia
“ Tangan Putih” (Nabi Muhammad s.a.w.)
Yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da’iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia.

 Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis2 dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.
Bekalan
Esok Akan Merekah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi penghibur Hati......

Sumber: Buku Jadilah Wanita yang Paling Bahagia oleh Dr Aidh Abdullah Al-
Qarni

Sabtu, 25 Ogos 2012

KESULITAN ITU BANYAK DISEBABKAN OLEH HAL YANG REMEH TEMEH.

Tidaklah kau lihat diriku
Setiap kali kukunjungi rumahmu
Kutemui dia menyambutku dengan baik
Meskipun keadaannya tidak baik

Banyak perkara yang dianggap remeh kemudian membinasakan kecerdasan ribuan manusia menghancurkan rumah2 mereka, merosak hubungan persahabatan mereka dan membiarkan mereka hidup di dunia dengan kebingungan dan kerugian.

Dale Carnegie telah menerangkan tentang akibat2 yang ditimbulkan oleh masalah2 remeh-temeh ini: ‘’Sesungguhnya masalah yang remeh temeh dapat menimbulkan masalah yang serius, menghilangkan akal sihat pasangan suami isteri, dan menyebabkan setengah dari penyakit yang dideritai oleh manusia di dunia.’’

Paling tidak hal2 kecil tersebut menyebabkan timbulnya berbagai masalah rumahtangga yang telah ditegaskan oleh para ahli, sebagaimana yang dikemukakan oleh hakim Yoseph Sabath, salah seorang hakim di Chicago, sesudah melakukan penelitian terhadap 40 ribu kes penceraian: ‘’Sesungguhnya anda benar2 akan menjumpai bahawa hal2 yg remeh temeh selamanya berada di bilik setiap kesengsaraan yg dialami dalam hubungan perkahwinan.’’

Frank Hogan, seorang pengacara awam di New York menyebutkan: ‘’Sesungguhnya setengah dari perkara2 yang diajukan ke pengadilan, adalah kerana sebab2 yang remeh temeh, seperti perbalahan yg terjadi antara anggota keluarga, bergurau yg mengandungi penghinaan, ucapan yg menyakitkan hati, dan lain2 hal. Inilah hal2 kecil yg sering menyebabkan kematian dan kejahatan.

Hanya sedikit dari kita yg memiliki keperibadian yg kuat. Kerana itu, tekanan yg terus menerus ke dalam diri dan kehormatan kita adalah setengah dari penyebab penderitaan yg terjadi pada kita.

Sesungguhnya nikmat besar yg harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati...

Rabu, 22 Ogos 2012

TEMUDUGA TERBUKA


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
Wallahu-a'lam.Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Isnin, 20 Ogos 2012

Kajian Sifat Berdasar Bulan Kelahiran (Dato' Dr. Fadzilah Kamsah)


JANUARI bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Selasa, 14 Ogos 2012

APA APA

                                           

  • Sentiasa mengharap pada orang lain untuk membuat keputusan biarpun keputusan tersebut melibatkan masa depan kamu.
  • Kamu terlalu takut untuk membuang barang2 dan kenangan2 yang telah lama walaupun ia sebenarnya tidak berguna lagi untuk kamu
  • Tidak berani mencuba sebarang kelainan
  • Tidak pernah mahu mencuba untuk menerima kekurangan orang lain dan menganggap diri kamu sahaja yang betul.
  • Terlalu takut untuk menyuarakan pendapat dan apa yang kamu rasa.
  • Tidak pernah menghargai orang yang menyayangi kamu sebaliknya kamu sentiasa mengharap pada orang yang tidak pernah pun membahagiakan kamu.
  • Memilih jalan hidup yang salah misalnya menjadi hamba dadah,mencuri,merompak,menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis dan sebagainya.
  • Tidak menghormati orang tua dan tidak menghargai pengorbanannya...
  • Hidup bersendirian tanpa teman dan orang yang disayangi

MENCARI BAHAGIA



bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati
bahagia itu ada pada hati 
bertakhta di kerajaan diri
terbenam bagai mutiara di lautan nurani
bahagia itu ada di jiwa
mahkota di singgahsana rasa 
bahagia itu adalah suatu ketenangan
bila susah tiada gelisah 
bila miskin syukur pada Tuhan
bila sakit tiada resah di jiwa
bukankah Tuhan telah berfirman
"ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang"



kebahagiaan itu suatu kesyukuran
bila kaya jadi insan pemurah
bila berkuasa amanah
bila berjaya tidak alpa
bila sihat tidak lupakan Tuhan
hakikatnya bahagia itu
adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan
semua insankan mengerti 
maksud terseni ILAHI 
itulah zikir yang hakiki... 

^_^


AR-RAHMAN - MAHA PEMURAH
AR-RAHIM - MAHA PENGASIH
AL-MALIK - MAHA AGUNG
AL-QUDDUS - MAHA SUCI
AS-SALAM - MAHA SELAMAT SEJAHTERA
AL-MUKMIN - MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN
AL-MUHAIMIN - MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
AL-AZIZ - MAHA BERKUASA
AL-JABBAR - MAHA KUAT
AL-MUTAKABBIR - MAHA MEMILIKI KEBESARAN
AL-KHALIQ - MAHA PENCIPTA
AL-BARI - MAHA MENJADIKAN
AL-MUSAWWIR - MAHA PEMBENTUK
AL-GHAFFAR - MAHA PENGAMPUN
AL-QAHHAR - MAHA MENENTUKAN
AL-WAHHAB - MAHA PEMBERI
AR-RAZZAQ - MAHA PEMBERI REZEKI
AL-FATTAH - MAHA PEMBUKA
AL-ALIM - MAHA MENGETAHUI
AL-QABIDH - MAHA PENGEKANG
AL-BASIT - MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT
AL-HAFIDD - MAHA MERENDAHKAN
AR-RAFI’ - MAHA MENINGGIKAN
AL-MU’IZ --MAHA MEMULIAKAN
AL-MUZIL - MAHA MENGHINAKAN
AS-SAMI’ - MAHA MENDENGAR
AL-BASIR - MAHA MELIHAT
AL-HAKAM - MAHA PENGHUKUM
AL-‘ADL - MAHA ADIL
AL-LATIF - MAHA LEMBUT
AL-KHABIR - MAHA MENGETAHUI
AL-HALIM - MAHA PENYANTUN/SABAR
AL-‘AZIM - MAHA AGUNG
AL-GHAFUR - MAHA PENGAMPUN
ASY-SYAKUR - MAHA BERSYUKUR
AL-‘ALIY - MAHA TINGGI
AL-KABIR - MAHA BESAR
AL-HAFIZ - MAHA PEMELIHARA
AL-MUQIT - MAHA PENJAGA
AL-HASIB - MAHA PENGHITUNG
AL-JALIL - MAHA SEMPURNA
AL-KARIM - MAHA PEMURAH
AR-RAQIB - MAHA MENGAWASI
AL-MUJIB - MAHA MENGABULKAN
AL-WASI’ - MAHA LUAS
AL-HAKIM - MAHA BIJAKSANA
AL-WADUD - MAHA MENGASIHANI
AL-MAJID - MAHA MULIA
AL-BA’ITS - MAHA MEMBANGKITKAN
ASY-SYAHID - MAHA MENYAKSIKAN
AL-HAQ - MAHA BENAR
AL-WAKIL - MAHA PENTADBIR
AL-QAWIY - MAHA KUAT
AL-WALIY - MAHA PELINDUNG
AL-MATIN - MAHA TEGUH
AL-HAMID - MAHA TERPUJI
AL-MUHSI - MAHA PENGHITUNG
AL-MUBDI - MAHA MEMULAI
AL-MU’ID - MAHA MENGEMBALIKAN
AL-MUHYI - MAHA MENGHIDUPKAN
AL-MUMIT - MAHA MEMATIKAN
AL-HAYY - MAHA HIDUP
AL-QAYYUM - MAHA BERDIRI SENDIRI
AL-WAJID - MAHA PENEMU
AL-MAJID - MAHA MULIA
AL-WAHID - MAHA ESA
AL-AHAD - MAHA ESA (SATU)
AS-SAMAD - TEMPAT BERGANTUNG
AL-QADIR - MAHA BERUPAYA
AL-MUKTADIR - MAHA BERKUASA
AL-MUKADDIM - MAHA MENYEGERAKAN
AL-MUAKHIR - MAHA MENGAKHIRKAN
AL-AWWAL - YANG PERTAMA
AL-AKHIR - YANG AKHIR
AZ-ZAHIR - YANG ZAHIR
AL-BATIN - YANG BATIN
AL-WALI - YANG MEMERINTAH
AL-MUTA’ALI - MAHA TINGGI & MULIA
AL-BARR - MAHA BAIK
AT-TAWWAB - MAHA PENERIMA TAUBAT
AL-MUNTAQIM - MAHA PENGHUKUM
AL-‘AFUW - MAHA PEMAAF
AR-RAUF - MAHA BELAS KASIHAN
MALIKUL-MULK - MAHA PEMILIK KERAJAAN
DZUL-JALALI - MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
AL-MUQSIT - PEMILIK KEADILAN
AL-JAMI’ - MAHA MENGUMPULKAN
AL-GHANIY - MAHA KAYA
AL-MUGHNI - YANG MAHA MEMAKMURKAN
AL-MANI’ - MAHA PENCEGAH
AD-DARR - MAHA MENDATANGKAN
AN-NAFI’ - YANG MEMBERI MANFAAT
AN-NUR - MAHA PEMBERI CAHAYA
AL-HADI - MAHA PEMBERI PETUNJUK
AL-BADI’ - MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
AL-BAQI - MAHA KEKAL
AR-WARITS - MAHA MEWARISI
AR-RASYID - MAHA PEMBERI PETUNJUK
AS-SABUR - MAHA PENYABAR

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...