Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai" (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik, lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia @ pangkat. Anas r.a., pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: " Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama 10 tahun dan belum pernah baginda mengeluh "AH!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini @ kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor." (Riwayat Bukhari)
Sekian.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan