Selasa, 11 Jun 2013

ambil kunci

Sesungguhnya kemudahan itu datang sesudah kesulitan


Kulihat kebahagiaan bukan milik orang 
yang berharta banyak, melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertaqwa

Lembaran pertama kebahagiaan dalam daftar buku harian, dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan di siang hari adalah solat subuh. Oleh itu, mulai saat ini bukalah hari anda dengan solat subuh. Dengan demikian, anda berada dalam perlindungan dan ikutan janji dengan Allah. Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNya. Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik, lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan, mengarahkan anda kepada setiap keutamaan, dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak akan berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh, kerana Allah tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.

Sesungguhnya solat subuh merupakan awal tanda penerimaan, keberhasilan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan, kemuliaan, keteguhan dan keberhasilan. Selamat bagi setiap orang yang menunaikan solat subuhnya dan beruntunglah bagi tiap orang yang menunaikan solat subuhnya. Kesejukan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat subuh; dan kesengsaraan , penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat subuhnya.

Bekalan: Bantahan yang melulu dan memperdebatkan hal-hal yang remeh temeh dapat mengeruhkan kejernihan dan memudarkan keindahan nuansa kehidupan

sekian.

Tiada ulasan:

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...